Aku dan Luthfi jalan beriringan menuju ke bilik kami. Ibu bapa Nadeera menjemput kami makan malam bersama sebagai tanda terima kasih walaupun selama ini aku memang setiap hari makan di sana. Angin malam yang dingin membuatkan aku memeluk tubuh, terasa meremang bulu roma.
Tak dipinta Luthfi mengenakan jaketnya ke tubuhku.
"Eh tak payah, awak pula yang sejuk nanti." Aku berura untuk memulangkan kembali jaket itu.
Namun Luthfi menolak. "It's okay, you can have it. Saya sudah biasa sejuk macam ini," katanya.
Aku mengangguk lalu mengemaskan jaket itu di tubuh.
"Mahira, saya nak tanya sesuatu. Saya harap awak tak rasa yang saya ini busybody," ujar Luthfi dengan nada teragak-agak.
Keningku sedikit berkerut. "Okey, tanyalah."
"Awak datang sini sebab apa sebenarnya?" Soalnya.
Aku diam beberapa saat sebelum menjawab. "Banyak sebab. Saya nak tenangkan mental yang serabut dan saya nak ingat memori bersama kakak saya yang ada di sini. Bukan selalu saya dapat datang sini lebih-lebih lagi dengan tahap kesihatan begini."
Luthfi mengangguk faham.
"Tapi yang membuatkan saya terdetik nak datang sini ialah untuk mencari jawapan." Sambungku.
"Jawapan apa?" Soal Luthfi.
"Sebenarnya saya pernah dilamar. Sudah berbulan lamanya saya diam tanpa beri kata putus. Saya tak tahulah sama ada orang itu masih menunggu jawapan saya ataupun sebaliknya. Kalau dia sudah ada pengganti lain maka, jawapan saya sudah tak penting. Tapi masalahnya orang itu pun diam aje. Saya tak pernah jumpa dia, waktu melamar pun dia beritahu pada atuk dan nenek. Sebab itu saya datang sini. Saya fikir mungkin bila dikelilingi alam semula jadi, fikiran saya jadi tenang dan saya akan dapat jawapan untuk lamaran itu." Jawabku panjang lebar.
Luthfi bagaikan terkedu mendengar jawapan aku. Sudah beberapa minit dia diam. Begitu mengejutkankah alasan aku itu?
"So, awak sudah dapat jawapannya?" Soal Luthfi.
Aku menggeleng. "Sebab itu saya masih di sini. Sebab itu jugalah saya agak marah bila awak cakap tentang atuk dan nenek suruh saya balik."
Luthfi menghentikan langkahnya. Aku yang sudah beberapa tapak ke hadapan menoleh ke belakang.
"Luthfi, kenapa?" Soalku. Lebih kurang sepuluh meter sahaja lagi kami akan tiba di bilik. Mengapa pula dia berhenti di tengah jalan?
"Saya masih tunggu jawapan daripada awak," ujarnya.
Keningku berkerut seribu. "Ha?"
Luthfi mendekati aku beberapa langkah. "Saya takkan cari pengganti. Saya masih dan akan tunggu jawapan awak."
"Saya tak fahamlah. Kenapa awak nak tunggu jawapan saya? Awak cakap pasal apa ini?" Aku semakin tidak faham.
"Saya yang melamar awak di hari kenduri tahlil arwah dulu." Jawab Luthfi.
Mataku sedikit terbuntang. Biar kebenaran?
"Saya Luthfi Mikael yang melamar awak. Jadi, saya nak awak tahu yang akan tunggu kata putus daripada awak." Ujar Luthfi lagi.
Lidahku terkelu apabila ditatap Luthfi. Aku terus mengalihkan pandangan lalu meneruskan langkah ke bilik, meninggalkan Luthfi berseorangan. Pintu aku kunci sebelum duduk di atas katil. Jantung berdegup agak laju, aku menekap tangan di dada.
"Luthfi Mikael? Luthfi... orang yang melamar aku waktu itu? Luthfi?" Aku berkata seorang diri.
Secara tiba-tiba aku teringat yang nenek pernah berkata sesuatu tentang orang yang melamar aku itu.
YOU ARE READING
[C] Bertemu Jodoh Kita
Romance[COMPLETE] Hidup Elnne Mahira jauh dari kata sempurna. Bukan sahaja sakit malah dibenci ibu bapa yang melahirkannya tetapi sebaliknya bagi Baizura, kakak kandung Elnne Mahira yang sangat menyayanginya. Namun semua keceriaan tidak kekal apabila kesih...