Pisat-pisat aku cuba buka mata apabila ada sesuatu bermain di telinga dan leher aku. Puas aku halau tapi degil betul makhluk yang menganggu tidur lena aku ini.
"Hm? Kenapa? Saya mengantuk ini, janganlah kacau." Ujarku dengan suara baru bangun tidur.
Aku pejam mata seraya menolak tubuhnya menjauhi aku. Suami akulah makhluk yang menganggu aku tanpa henti tadi. Sudahlah aku susah hendak melelapkan mata semalam gara-gara merasa asing di tempat baru.
"Ma'am, you just make me fall for you once again with your sleepy voice." Balasnya.
Terus aku buka mata memandangnya. Luthfi sedang tersengih melihat aku. Pagi-pagi lagi sudah flirty dia ini. Aku pandang dia dengan wajah bengis kerana tidur aku diganggu.
"I'm sorry, i didn't mean to wake you up. Tapi sudah subuh ini. Kita solat dulu selepas itu awak tidur semula," ujar Luthfi lembut seperti memujuk.
Laju aku capai telefon bimbit di tepi bantal lalu menyalakan skrinnya. Nafas aku hela apabila melihat waktu yang tertera. Aku dapat tidur selama dua jam sahaja.
Sempat aku menggeliat sebelum bangkit dari pembaringan. Tiba-tiba Luthfi mengusap belakang badan aku.
"Awak okey? Biar saya solat dululah. Awak rehat sekejap sebelum nak solat," ujarnya.
Aku balas dengan gelengan. "Saya okey. Cuma kurang tidur. Biasalah itu bila di tempat baru."
Luthfi mengangguk. "Okey, saya pergi ambil wuduk dulu. Oh, by the way... good morning!" Sempat dia mengucup ubun-ubun aku sebelum masuk ke bilik air.
Aku yang masih mamai jadi terkebil-kebil. Kepala aku sentuh lalu terbit senyuman kecil di bibir. Pagi-pagi lagi hati sudah berbunga. Terus segar mata aku dibuatnya.
♡
Puas aku memarahi diri sendiri kerana bangun lewat setelah mengambil keputusan untuk sambung tidur selepas solat subuh tadi. Tudung sarung aku pakai sebelum melangkah keluar.
Aku menuruni anak tangga dengan kelajuan 40 km/j sambil mata meliar ke seluruh pelusuk rumah ini. Namun kelibat mentua serta atuk dan nenek aku tidak kelihatan. Seterusnya aku menjengah ke halaman rumah. Ternyata mereka sedang bersantai di gazebo.
"Adik sudah bangun?" Tegur nenek sewaktu aku mendekati.
Aku tersengih tak bersalah. "Maaf umi, Mahira terlajak tidur."
Di rumah sendiri bolehlah bangun lambat selalu tapi ini baru hari pertama di rumah mentua. Takkan hendak buat perangai?
"Eh tak apa! Mika ada bagitahu tadi yang semalam Mahira tak cukup tidur. Itu yang umi biarkan aje Mahira rehat," balas umi.
Dengar sahaja nama suami aku itu disebut, kepala aku terus berpusing mencari kelibatnya. Sejak aku bangun tidur dia tiada.
"Cari Mika ke? Selepas sarapan tadi dia keluar uruskan hal client yang nak pulangkan baju. Lunch nanti dia balik," ujar umi.
Aku mengangguk. "Umi sudah masak ke?" Soalku.
"Untuk lunch belum lagi tapi makanan sarapan masih ada di dapur. Kalau Mahira lapar pergilah makan dulu," jawab umi selepas menghirup kopinya.
"Eh bukan macam itu, umi. Sebenarnya, Mahira fikir nak masak untuk semua." Balasku.
Tak adalah pandai sangat masak tapi sekurang-kurangnya aku nak mencuba. Mengemas rumah terlalu melelahkan jadi, aku memilih untuk duduk di dapur. Bila sudah tinggal bersama mentua perlulah rajin. Lebih-lebih lagi apabila dapat mentua dari syurga begini.
YOU ARE READING
[C] Bertemu Jodoh Kita
Romance[COMPLETE] Hidup Elnne Mahira jauh dari kata sempurna. Bukan sahaja sakit malah dibenci ibu bapa yang melahirkannya tetapi sebaliknya bagi Baizura, kakak kandung Elnne Mahira yang sangat menyayanginya. Namun semua keceriaan tidak kekal apabila kesih...