Kening sedikit berkerut, terasa ada tangan yang sedang mengusap ubun-ubunku. Pejam celik beberapa kali sebelum aku membuka mata sepenuhnya. Wajah risau Baizura yang pertama menghiasi pandangan.
"You're awake! Akak mintak maaf sebab bawa adik ke tempat begini. Sepatutnya akak fikir tentang keadaan adik dulu. I'm really sorry, baby!" Tubuhku dipeluk Baizura. Sungguh bersalah kerana menjadi asbab aku pengsan.
Aku menepuk lembut lengannya. "Bukan salah kakak. Dah memang kondisi adik macam ni. Jangan risaulah."
Baru sedar yang Baizura belum pernah lagi melihat aku pengsan di depan matanya sendiri. Sebelum ini sekadar mendengar berita daripada atuk dan nenek. Itupun sudah cukup untuk membuat dia bergegas pulang ke kampung, sanggup meninggalkan segala tugasan yang perlu diselesaikannya.
"Lapar? Nak makan? Adik belum makan ubat. Perut pun kosong tu," ujar Baizura seraya membantuku untuk duduk.
"Nak mandi dulu. Tak selesalah badan," balasku jujur. Mahunya tak selesa seharian berjalan kaki membuatkan peluh tak henti keluar dari segala liang peluhku. Ini kalau atuk dan nenek tahu kami berdua pasti dibebel. Pecah rekod! Sepanjang 21 tahun aku hidup inilah harinya aku terpaling aktif. Sampai pengsan kau!
Taubat aku hendak berjalan kaki di tengah panas selepas ini. Daripada tiada alergik pun boleh jadi ada. Bak kata nenek, aku ni puteri lilin. Tak boleh kena panas terus cair meleleh.
Aku meneliti sekelilingku dan Baizura. Nampaknya kami berada di dalam sebuah bilik. Mungkin salah sebuah chalet yang aku sempat perhatikan sebelum hilang kesedaran tadi.
"Macam mana adik ada kat sini?" Keningku berkerut kehairanan. Aku tahu Baizura kuat tapi aku tak pasti sama ada dia larat mendukungku atau tidak.
"I carried you here," sampuk seseorang dari pintu bilik yang sudah terbuka luas itu, sekaligus menjawab soalanku tadi.
Hampir terbeliak mataku kerana terkejut atas dua sebab. Satu, dia katanya yang mendukungku tadi, seorang lelaki. Dua, sejak bila pintu bilik itu terbuka? Telinga aku tidak menangkap sebarang bunyi dari arah sana.
Dulang yang berisi makanan dan minuman itu ditatang ke arah kami berdua yang masih statik duduk di katil. Kemudian dia meletakkan dulang tersebut di atas meja kecil bersebelahan Baizura.
"I heard you're her acquintance," ujarnya. Pada akukah? Lantas aku berpaling pada Baizura yang hanya tersengih tidak bersalah.
Aku mengangguk sebagai balasan kepada lelaki itu. Sempat aku jeling Baizura beberapa saat. Kaitan kami disini cuma sekadar kenalan.
"Akak pergi luar sekejap ya? Nak cari line untuk call Dee. Kalau tak esok tergendala rancangan kita," laju Baizura mencari alasan. Telefon di atas katil bujang di sebelahku itu diambil dan kaki terus melangkah keluar tanpa berpaling ke belakang lagi.
Dia punya angkara takkan aku pula yang kena cari idea nak kelentong mamat ni? Keluhan menyampah aku lepaskan tanpa sedar.
"Kenapa panggil dia kakak?" Soalan daripada lelaki itu memecahkan kesunyian di antara kami. Dia, aku lihat sedang berdiri di hujung katilku.
"Sebab dia lebih tua daripada saya. Lagipun kami rapat," jawabku ringkas.
"Tak nak tanya ke siapa saya?" Soalnya lagi.
"If you have no intention to tell me, why would i bother asking?" Balasku tanpa memandangnya dengan nada agak sarkastik. Tak sengaja tapi mulut ni laju saja menjawab. Dah tak boleh undur.
Aku dengar lelaki itu tertawa perlahan. Terus aku menoleh lalu memandangnya dari atas ke bawah. Kacak! Namun tiada nafsu aku hendak beriaksi lebih dalam kondisi begini.
YOU ARE READING
[C] Bertemu Jodoh Kita
Romance[COMPLETE] Hidup Elnne Mahira jauh dari kata sempurna. Bukan sahaja sakit malah dibenci ibu bapa yang melahirkannya tetapi sebaliknya bagi Baizura, kakak kandung Elnne Mahira yang sangat menyayanginya. Namun semua keceriaan tidak kekal apabila kesih...