epilog

18 3 0
                                    

Aku turun dari bas setelah tiba di stesen. Nafas aku sedut dan hembus beberapa kali. Sudah lama rasanya aku tidak menjejakkan kaki di sini. Tak lama kemudian, seseorang teriak memanggil aku.

Aku menoleh mencari empunya suara yang lantang itu. "Izyan!" Tangan aku angkat tinggi padanya.

Langkah aku orak ke arah Izyan. Aku peluk dia untuk beberapa saat. "Rindunya kat kau! Apa khabar kau sekarang?" Soalku berbasa-basi.

"Aku macam ini ajelah. Tahu pun rindu, siapa suruh jarang balik." Balas Izyan selepas meleraikan pelukan.

"Aku kan sudah kahwin so, kenalah ikut suami." Jawabku.

"Oh sudah kahwin? Habis itu kau balik sini seorang kenapa? Bergaduh dengan suami? Atau lari sebab merajuk?" Izyan seakan memerli.

Aku larikan pandangan dan soalannya aku hiraukan saja. Memang aku balik sendirian, bukan itu sahaja aku juga sehelai sepinggang. Hanya dompet berisi duit, lesen dan kad pengenalan yang dibawa bersama. Telefon turut aku tinggalkan.

Bergaduh dengan suami? Tidak sama sekali. Lari sebab merajuk? Ya.

Sejak kahwin dengan jejaka yang bernama Luthfi Mikael, aku selalu dimanjakan. Sampai bila dia lupa tentang hari jadi aku sahaja pun, aku boleh merajuk. Padahal sebelum ini jika tiada siapa yang ingat aku juga tidak terlalu kisah. Entah kenapa tiba-tiba terasa hati hingga buat keputusan untuk lari tanpa pengetahuan sesiapa.

Ya umi dan ayah juga tidak tahu. Bagaimana aku larikan diri? Aku tidaklah guna cara yang ekstrem, cuma keluar ikut pintu dapur waktu tengah malam.

"Tak jawab maknanya betullah itu, kan?" Suara Izyan menyentakkan aku.

Aku mengeluh. "Aku malaslah nak cakap. Buat aku tambah badmood aje," jawabku.

Izyan bercekak pinggang. "Nasib baik kau ini kawan aku tau, kalau tidak memang aku tak ambil kau di sini. Sudahlah jom aku hantar kau balik. Nanti tunang aku syak yang bukan-bukan pula kalau aku keluar lama-lama ini," balasnya.

"Wait, tunang? Bila?" Soalku agak terkejut.

"Hampir setahun. Next month kami nikah," jawabnya selamba.

Aku memukul bahu Izyan. "Sampai hati kau tak bagitahu aku!"

"Ini kan aku sudah bagitahu. Aku bertunang dulu pun kecil-kecilan aje, El. Nak nikah ini baru aku heboh," balas Izyan seraya menggosok lengannya.

"Siapa tunang kau itu?" Soalku.

"Kalau nak tahu, hari nikah aku nanti kau datanglah." Izyan tersenyum.

Aku mencebik lalu mengguling mata ke atas. Itu pun nak rahsia.


Tubuh aku hempas ke atas katil. Nafas aku hela panjang. Puas telinga aku menahan bebelan nenek tadi. Aku faham tentang kerisauannya.

Lagipun jika aku masih bujang situasi mungkin sedikit berbeza tapi memandangkan aku sudah bersuami hampir sepuluh minit juga rasanya aku ditazkirah oleh atuk dan nenek.

Tapi apakan daya, aku Elnne Mahira. Tak suka bersukan tapi suka lari. Lari dari apa? Dari Luthfi Mikael.


Ombak yang memukul pantai aku pandang. Angin laut yang bertiup sedikit sebanyak menenangkan hati dan fikiran.

"Mahira! Elnne Mahira!"

Mata aku agak membesar apabila telinga menangkap teriakkan seseorang yang memanggil nama aku. Aku toleh ke belakang.

"Mahira!" Jerit Luthfi bersama senyuman lega.

[C] Bertemu Jodoh KitaWhere stories live. Discover now