DIQ : Chap 26

44 5 0
                                    

SEMUA orang memelihat Syirah yang santai duduk, tiada riaksi diwajah itu selain datar.

"Pehal tenung muka aku? Tak dengar ke apa aku cakap tadi? Apa yang nak dibicara siasatkan." Ujar Syirah, dahinya berkerut.

Tersentak.

Mereka semua tersentak mendengar butir bicara gadis itu.

EHEM!

"Tak silap aku, kau yang terakhir kan keluar dari hutan tu." Ujar Daniel.

"Haah, asal?." Selamba saja Syirah membalas.

"Kau tak rasa ke kejadian tu boleh dikatakan disebabkan-"

"Aku? Kau nak kata aku lah penyebab semua kejadian tu?." Syirah memintas bicara Irfan, FK.

"Tak, maksud ak-"

"Look. Aku peliklah dengan korang semua ni." Syirah meraup rambutnya ke belakang.

"Korang boleh je kan bincang hal ni tanpa aku, kan? Tapi aku pelik, kenapa mesti ada aku kalau nak bincangkan hal ni. Hey, wake up. Bukan aku seorang je yang terpaling last ada dekat situ. Maybe , ada daripada salah seorang penjaga perkhemahan tu adalah orang yang terakhir." Kata Syirah panjang lebar.

Yang lain hanya diam. Aiven pula mendiamkan diri, otak memikirkan kata-kata Syirah. Siapa je yang penjaga perkhemahan tu kalau bukan mereka.

"Tapi tak mustahil u yang punca semua ni berlaku." Tuduh Nia, DQ.

"Dan tak mustahil kalau kau juga yang menjadi punca." Bidas Syirah semula.

Nia mengetap bibir.

"I tak jahil lagi nak bunuh semua orang." Ujar Nia.

"Tak bunuh semua orang? So, kalau salah seorang, bolehlah kan." Balas Syirah, tertawa jahat mula bergema dalam lubuk hatinya.

Nia memejamkan matanya. Sial! Dia terperangkap.

"Well well well. Jangan nak sesuka hati tuduh aku ya Tengku Nia Natasyah. Takut nanti kau pula yang mengamuk sakan." Kata Syirah sinis.

"Aku peliklah dengan kauorang ni. Apa tujuan korang sebenarnya ah? Panggil aku semata-mata nak dapat maklumat terperinci ke? Kata saksi kejadian. Ni pehal pulak soal aku ni." Sambung Syirah.

Yang lain hanya diam tidak berkutik.

Beberapa saat selepas itu, telefon milik Syirah berbunyi. Syirah lantas saja menyambut panggilan tersebut.

"Hello? Pehal Iris?." Tanya Syirah sebaik saja dia mengangkat telefon. Tubuh dibangunkan dan dia keluar dari bilik siasatan. Mata-mata yang memandangnya tidak dihiraukan.

'Aku dah dapat maklumat tentang kejadian semalam.' Balas Irisyah ditalian sebelah.

"Siapa dalang?." Soal Syirah datar.

'Aiven.' Ujar Irisyah sepatah.

Syirah memejamkan matanya.

"Kau pasti?." Tanya Syirah, rambutnya diraup kebelakang.

'Hm.' Guman Irisyah.

"Irisyah Amirah." Seru Syirah.

Kedengaran Irisyah menghelah nafas kasar di dalam talian.

'Balik. Kita bincang.'

TUT!

Syirah terus saja mematikan ganggang telefon. Tanpa kata dia keluar dari bilik siasatan itu tanpa pamitan.

"SYIRAH!." Panggil Syerin kuat.

"Biarkan dia." Ujar Nia.

"Pehal doh dia blah macam tu je." Rungut Khair, meja dihentak.

Farhan hanya diam memerhati. Lihat dari perilaku Syirah, gadis itu susah benar ingin diajak berbincang.

Usai saja keluar, Syirah terus saja menaiki motorbikenya. Enjin dipulas dan motor itu bergerak laju membelah jalan raya.

Beberapa minit menunggang, akhirnya Syirah sampai di hadapan rumah mereka berlima. Helmet dibuka dan ditanggalkan. Dia turun dari motorsikal.

Kaki dibawa melangkah ke arah rumah.

KLAK!

Sampai saja pintu dibuka kemudian ditutup semula. Tergesa-gesa Syirah ke ruangan utama.

"Why Aiven?." Soal Syirah terus pada Irisyah dan yang lain.

Irisyah memejamkan matanya.

"Suami kau Syirah. Dia dalang semua ni, Aiven tu orang kanan dia." Tutur Iqah senafas.

Syirah mengetap bibirnya. Suami? Suami?! Sial!

"Aku tak de kaitan dengan dia pun! Kenapa dia nak kacau aku!." Bentak Syirah.

"Kau isteri dia." Pasrah saja suara Anisyah.

"Letupan tu dia yang buat. Semua tu dia yang buat. Dia saja nak buat semua tu untuk bagi amaran dekat kau." Ujar Lia.

"Tentang anak panah tu pula, itu memang orang suruhan suami kau. Aku baru dapat maklumat organisasi suami kau pun pandai handle tentang busur dan anak panah." Terang Irisyah.

"Tambahan,organisasi DivaQueen and BeutyQueen combo untuk jatuhkan kau." Sambung Lia.

Syirah menampung tangannya pada kepala sofa. Kepalanya tertunduk, satu persatu masalah mulai datang.

"Jadi, apa plan kau?." Kata Iqah.

"Hapuskan DQ dan BQ. Aiven dengan ketua dia biar aku settle." Jawab Syirah, setelah berdiam diri.

"Macam mana?." Soal Irisyah, tangan bermain di papan kekunci laptop.

"Buang DQ dan BQ dari sekolah. Inform benda ni dengan atuk." Balas Syirah, dia mula berdiri tegak dan menuju ke arah satu sofa. Kemudian punggung dilabuhkan di sofa itu.

"Macam mana dengan HotsKing? Mereka pun lalang." Soal Lia.

"Buang." Sepatah Syirah menjawab.

"Takkan buang macam tu je?." Terjongket kening Anisyah.

"Benda tu korang settle , aku tak campur. Tapi Aiven dan mamat sial tu biar aku handle." Tutur Syirah.

"Mamat sial tu suami kau tau." Tegur Lia.

Dan itu mendapat jelingan dari Syirah.

"Suami tak suami. Buat hal dengan aku, memang aku tak de nak berkompromi dengan dia." Bidas Syirah datar.

"How about FireKing?." Tanya Anisyah.

"Aku hampir lupa tentang diaorang." Kata Iqah.

"Kekalkan, sebab diaorang masih baru." Balas Syirah.

"Baru? Pasti?." Sampuk Irisyah.

"Maksud kau?." Soal Anisyah.

"Aku tak rasa FK tu biasa biasa. Aku perhati muka si Farhan tu bukan main ketat lagi masa kejadian ni berlaku." Jelas Irisyah.

"Maksud kau diaorang macam kita?." Teka Anisyah.

"Lima anak panah dilepaskan dekat kenderaan diaorang. Tapi hairan, seorang dari mereka pun tiada yang cedera. Clear." Ujar Irisyah, dan sebab itu hatinya mengatakan sesuatu.

"Cari maklumat tentang diaorang. Aku pun rasa benda yang sama." Balas Syirah.

"Bila nak mula?." Tanya Lia.

"Minggu depan." Balas Syirah.

"Nice." Tersenyum Irisyah, Anisyah, Iqah dan Lia.


































































































Untuk yng stay dan prnh mmbaca, terima kasih.

Đəřrıère ÌčəQųēəňWhere stories live. Discover now