Hari ini rumah terasa lain sebab ada penghuni bernama Dato'Amzar bin Tan Sri Anuar.
Lepas ni kamu perlu ke sekolah, tahun ni SPM. No excuse. Suara datar Dato'Amzar menyapa Luthfiya di dapur yang tengah makan sarapan pagi.
Selama arwah mama sakit dan meninggal aku hanya belajar dirumah dan Cikgu datang mengajar. Mama sakit kronik teruk waktu aku berusia tingkatan 3 dan mama meninggal sewaktu tingkatan 4. Kini aku sudah tingkatan 5. Punca mama meninggal dia ada kanser pangkal rahim sepatutnya mama tidak patut melahirkan aku kerana risiko kesihatan. Tapi mama sempat bertahan sehingga aku berusia 14 tahun saja selama ni dia sudah sakit tapi dia cuba fight dan merahsiakan sakitnya dari papa, along dan angah demi menjaga aku. Tapi kematiannya disalah oleh aku.
Ok. Satu patah perkataan hanya aku beri.
Aku dah uruskan semua sekolah kau. Nanti aku hantar driver bawa kau ke sekolah, ingat pergi sekolah jangan buat benda aku tak suka. Aku nak pergi outstation, duduk rumah jangan buat benda bukan-bukan. Suara Dato'Amzar memecahkan kesunyian dirumah.
Saya boleh pergi sendiri Dato' Amzar, saya tak nak pemandu. Aku mengambil minuman dan pergi ke ruang tamu. Hubungan seorang ayah dan anak bagimanakah aku ni? Hati aku sayu tiada siapa yang memahami
.
Bala betulaa datang-datang sekolah masuk longkang. Nasib baik Cikgu tolong aku tadi, sempat dia bagi tshirt kelabu, tudung hitam nasib baik pakai seluar track kat dalam. Dah hari isnin, hari aku jadi pelajar baru datang pulak pakaian macam ni. Haih Luthfiya Ammanda
Kamu pelajar baru yang termasuk longkang tadi kan? Apa nama kamu ya? Saya sudah beritahu guru disiplin kenapa kamu berpakaian begini jadi tak adalah dia denda kamu. Ujar Cikgu Alina.
Ye Cikgu, saya tak tahu kelas dekat mana dan nama kelas saya. Nama saya Luthfiya. Ujar aku, dahlah tak tahu pejabat, bilik guru kat mana. Haihhh.
Mari ikut saya, kita cari nama dan kelas kamu dekat mana. Aku mengikuti Cikgu yang bernama Alina.
Setelah 20 minit juga aku menunggu, dapat juga tahu kelas aku apa dan dimana. Aku mengikuti langkah Cikgu Nafisa yang sedang mengajar kelas aku sekarang. Guru Sains!
Assalamulaikum semua, sebelum belajar saya hendak perkenalkan budak baru di kelas kamu ini. Cikgu Nafisa menangguk kepada ku tanda untuk perkenalkan diri.
Hi i'm Luth. Nice to meet you. Cikgu saya rasa tidak perlu perkenalkan sangat diri. Ujar aku, sejujurnya aku malassss. Semua pelajar tertumpu kepada ku.
Okay tak apa, kamu boleh pergi cari tempat kosong Luthfiya. Cikgu Nafisa bersedia hendak memulai pembelajaran.
Kat sini kosong? Boleh aku duduk? Luthfiya menegur gadis berkaca mata yang seakan ketakutan.
Errr...haa kosong. Teragak-agak dia menjawab.
Aku duduk dan membuka buku, banyak mata-mata mencuri pandang ke arah ku terutamanya lelaki grrr....
35 minit Cikgu Nafisa mengajar barulah habis, seisi kelas mulai bising termasuk 3 perempuan didepan aku dan memusing kebelakang menegur Luthfiya Ammanda.
Hi girl, aku Damia, sebelah kanan aku Lin dan kiri aku Ain.....so kau kaya? Dari pandangan Damia gadis dihadapan terlihat kaya tidak macam budak nerd tu selekeh.
Apa dia perempuan ni tegur-tegur tanya aku kaya ke tak. Habis kalau aku miskin tak nak kawan ke? Orang macam ni tak patut aku masukkan dalam circle, walaupun aku ni tak ada kawan selama ni aku boleh hidup. Jeda Luthfiya dalam hati.
Kau pekak ke perempuan?! Damia menaikkan suara sehingga orang sebelah aku pula yang terkejut ketakutan.
Oh ha kau tanya aku? Ulang balik apa kau tanya. Riak selamba Luthfiya.
Shit! Damia tanya kau kaya ke? Jawab badut Ain.. Sebab pakai bedak tebal berinci pehh. Kalau penampar ni berdebu.
Oh aku miskin. Aku terus bangun keluar pergi ketandas sebelum itu disapa oleh lelaki classmate ni bernama Asyraf. Hai buayaaa highschool.
Kurang ajar beb budak baru ni, lepas ni dia target kita? Beg nampak mahal tapi puii miskin. Lin menjeling-jelling ke arah budak nerd.
Of course dia target baru kita. Asyraf bf aku pun menggelitis dekat budak baru huh. Memang dia jadi musuh aku. Damia memandang kehadapan kembali sempat menjeling budak nerd itu.
.
Aku nak tanya kau kantin dekat mana? Luthfiya menegur budak spec mata di sebelah, matanya tertancap name tag bernama Maryam.
Err. Maryam terus keluar pergi kelas.
Ya Allah apa kepelik budak kelas aku ni? Aku yang lama tak pergi sekolah atau budak sekolah sekarang perangai pelik? Last aku pergi sekolah tingkatan 2 jadi aku memang kurang bersosial. Jangan risau diam-diam Luftfiya Ammanda ubi bersisi tau. Luthfiya turun ke tangga hendak mencari kantin sekarang waktu rehat.
Sesampai saja berjalan ke arah ntah mana-mana, terlihat seorang budak agak comel dibuli oleh classmate aku tadi.
Bakk sini duit bagi semua. Damia menolak gadis kecil itu. Manakala Ain dan Lin mengeluarkan duit dalam dompet gadis itu.
Ehem tak sangka korang ni pembuli, aku ingatkan korang ni monyet. Tapi memang monyetlah, macam monyet kat Batu Caves curi harta benda orang. Luthfiya menegur 3 ekor monyet tak bertauliah itu, baru saja mereka hendak melawan ternampak guru displin apa lagi larilah tu.
Hmm Cikgu terima kasih tolong saya Kata gadis comel itu, kenapa aku cakap dia comel sebab tinggi dia dalam 155cm macam tu aku pula 168 cm hehehe.
Sejak bila aku jadi Cikgu? Aku nak tanya dik mana kantin? Perut aku lapar gila ni.Luthfiya memandang gadis cute dihadapannya.
Haa bukan Cikgu ke? Student sini ke? Kenapa baju pelik? Jom ikut saya kakak ke kantin. Ujar gadis polos itu.
Dia panggil aku kakak? Aduhaii lemah lembut betul budak ni. Kau form berapa ni? Siapa kau panggil aku kakak. Aku mula mengikutinya.
Suasana sekolah sungguh sesak dan bising disebabkan waktu rehat dari tingkatan 1 hingga 5 turut rehat apa lagi macam-macam ragam.
Kakak, saya Zhafira Laila tingkatan 5 Permata. Jawab gadis itu.
Aku hampir tenganga sangkakkan budak tingkatan 3 atau 2 hehehe, tapi aku cover laaa muka kang dia kecil hati macam mana.
Jangan panggil aku kakak, kita sama umur. Kau boleh panggil aku kau tak? Lembut sangatlah saya awak ni. Ujar Lutfiya, mata tertacap ke kantin, tak sabar nak makan terasa lapar macam apa ntah. Kalau dekat rumah okay je tak makan selera makan pun hilang, tapi kat sekolah lain macam jumpa makanan.
Wahhh kita sama batch rupanya! Nama awak apa? Boleh kita kawan tak? Maaflah saya terbiasa saya awak. Saya rasa selesa kawan dengan awak. Teruja Laila.
Sejak haritu Luthfiya Ammanda sering tolong Zhafira Laila dari buli dan dari situ Laila tekad untuk berkawan dengan Luthfiya.
.
Haaa okay tak okay? Permulaan bosan sikit.
YOU ARE READING
Only Love Luth...Fiya
Romance📓 1 • Gadis sepi yang bernama Luthfiya Amanda~ Masih kuat walau dibenci oleh papanya sendiri. Sering dibuli tapi dia tidak dapat dibuli kerana keberanian dan sikap selambanya. Mempunyai persahabatan tapi dia mengecewakan temanya kerana sikap rahsia...