BAB 52

160 4 0
                                    

Sesampai saja di hospital Columbia Luth mencari Wani dan Harith. Amran mengikuti dibelakang Luth yang kelam-kabut.

Tak pernah Tengok Luth kabut, sepanjang mereka kenal. Luth seorang lelaki yang tenang dan macho, sekarang title cool dah hilang. Amran berjeda dihati, cakap orang yang diri sendiri tu cenggeng, kalau anak nangis tak berhenti dia pun ikut menangis tak tahu nak buat apa.

Tuan Luth! Wani berjalan ke arah Luth tercarinya, Harith turut ikuti Wani.

Haa Wani mana bilik Luthfiya? Tanya Luth mata memandang tangan patah itu.

Dalam bilik rawatan, tadi doktor tanya waris. Tuan Luth pergi sana, doktor nak jumpa. Wani menunjukkan di bilik hujung.

Luth segara pergi ke sana, sempat ucapkan terima kasih.

Kau PA adik aku? Kenapa kau pun patah tangan ni? Amran bersuara Selepas Luth sudah pergi.

Saya tolak Puan Luthfiya, waktu saya tak tahu nak buat apa. Saya nampak kereta bawa laju gila macam sengaja. Jadi saya lari untuk elakkan Puan kena langgar sebab tu saya boleh terpatah tangan. Wani menekur lantai takut.

Ye bro aku nampak kejadian tu. Kalau Wani tak buat macam tu aku rasa adik kau lagi teruk. Jelas Harith mempertahankan Wani.

Nampak tak orang yang langgar tu? Tanya Amran, dia bukanlah nak marah perempuan bernama Wani. Dia cuma mahukan penyataan sama ada dilanggar sengaja atau tidak.

Perempuan dia cerah daripada saya, dia pakai topi tapi dia tahi lalat pekat dekat leher. Tu je saya nampak. Terang Wani, itu je dia sempat tengok.

Shit don't tell me her. Amran mengeluarkan telefon bimbit mencari gambar orang yang hampir sama. Betul ke dia ni? Amran menunjukkan kepada Wani.

Macam ye kot, sebab leher dorang sama dan bibir dia senyum. Wani yakin macam perempuan ni, sebab Tubuh badan dah nak sama.

Okay tak apalah terima kasih selamatkan adik aku. Maaflah kalau kata-kata aku kasar ya? Amran dengan perempuan memang kasar sikit cara cakap sama laa macam Luth tapi Luth bertapis sikit.

Tak apa-apa Tuan. Wani memandang sikit muka abang Puan Luthfiya, macam mana dia tahu sebab muka sama. Cuma beza warna, mata dan rambut.

~

Doktor saya Luth Zhafran, suami kepada Luthfiya Amanda, keadaan isteri saya macam mana? Luth masuk kebilik doktor Selepas dirinya di bawa nurse kesini.

Isteri Tuan sudah stabil nasib baik pendarahan tak teruk sangat sehingga terjejas kandungan Puan. Allah lindung isteri Puan, kalau lambat kesini kemungkinan kandungan boleh gugur. Terang Doktor Mazlina.

Huh kandungan? Luth blur, bila bini aku mengandung? Takkan sebulan tidur bini aku mengandung, siapa-siapa tadi tak ada cakap pun Fiya mengandung. Ke aku salah bini orang. Omel Luth sendirian.

Tuan tak tahu ke? Puan mengandung tiga bulan dah. Doktor Alina terkejut, takkan silap orang.

Ohhh maaf lahh saya baru sedar koma, sebab tu saya tak tahu. Family saya nak buat surprise kot tak bagi tahu. Jadi saya boleh jumpa isteri saya? Tanya Luth. Dalam hati nak teruja tapi takut salah orang.

Boleh masuk bilik 01, isteri Tuan masih tidak sedarkan diri lagi. Jawab Doktor Mazlina.

Baik terima kasih doktor, saya pergi dulu. Luth menunduk hormat dan keluar. Amran, Harith dan Wani masih setia menunggu.

Macam mana Tuan Luth? Wani segera datang ke arah Luth.

Alhamdulillah Luthfiya dah stabil, sekarang tak sedarkan diri lagi. Terima kasih Wani selamatkan Luthfiya. Baliklah dulu, kau pun dah lesu. Luth melihat wajah lesu itu, bersyukur selama ini Wani menjadi PA merangkap bodyguard tak berbayar.

Only Love Luth...FiyaWhere stories live. Discover now