BAB 12

283 9 0
                                    

Amsyar dan Amran balik ke Malaysia berjumpa papanya yang tidak percaya akan keadaan Luthfiya Amanda sakit sudah 1 tahun. Segala pembelajaran adiknya tidak mula, sejak kakinya datang ke UK Luthfiya berubah 100%. Dato' Amzar tak percaya dan masih paksa adiknya belajar. Kerana kegeraman mereka membawa bukti dan adiknya kini tidak stabil. Boleh jadi gilaaa kalau terus begini.

Puas papa? Papa hampir hancurkan hidup anak sendiri. Kali ni along angah terpaksa kurang ajar. Kami tak sanggup tengok keadaan Fiya yang depressi melampau, insomnia, kemurungan dan anxiety. Papa musnahkan kehidupan dan cita-cita Fiya. Amran Luqman menaikkan suara tapi bukan tenking. Amrna jenis baran daripada Amsyar jadi cepat emosi.

Papa kena belajar apa itu redha, sejak arwah mama pergi papa salahkan 100% dekat adik. Along sabar dan diam selama ini tapi sekarang along tak mampu dah papa. Keadaan kesihatan adik merosot teruk, papa dia cuma kita. Adik perlukkan kasih sayang papa, cukuplah mama tak ada. Papa nak adik pergi macam mama juga? Tanya tenang Amsyar Luqman.

Aku rasa along, papa memang nak Luthfiya mati agaknya. Tak lama mati budak tu dia happy lah. Perli sedas Amran.

Dato'Amzar jatuh terduduk Selepas mendegar luahan dan berita tentang anak perempuannya yang tengah sakit kronik. Ingatkkan datang sana dia boleh hidup baru tapi jadi teruk.

Ma...macam mana dia sekarang along? angah? Suara perlahan Dato'Amzar.

Dia masih dalam rawatan doktor, berapa kali dia buat kerja gila nak bunuh diri terjun bangunan. Jawan Amsyar bersahaja.

Astagfirullah, Ya Allah berikkan kesihatan kepada Luthfiya. Abang tinggal Has duduk dengan Fiya, biar Has rawat dia sehingga sembuh. Dia perlukkan kasih sayang seorang ibu, walaupun bukan saya lahirkan dia mungkin dapat bantu. Ujar Puan Haslinda yang tengah membawa dulang minuman.

Sekarang tiada siapa jaga Luthfiya umi. Amsyar risau kalau tinggalkan Luthfiya, Amran pula bukan boleh harap dia juga busy. Isterinya sudah tinggal di Malaysia sejak melahirkan anak selama ini dia ulang-alik berjumpa isterinya.

Baik kalau macam tu papa ikut sekali, Amsyar handle syarikat papa. Dato'Amzar bangun dan menuju ke bilik. Tikar sejadah dilihat dia mengambil dan berwudhuk.

Ya Allah, ampunkan aku sebagai ketua keluarga, ayah, dan suami. Aku lalai untuk bertaggunjawab, aku lupa akan keredhaan Mu. Aku terlampau leka memikirkan kesalahan yang kau ujikkan kepadaku. Airmata mengalir wajah Laila Safiah diminda. Maafkan abang Laila, abang jahat dengan anak abang sendiri. Padahal abang yang inginkan seorang anak perempuan, bila dapat abang tak hargai dia dan hargai awak Laila.

.

Setahun tak dapat khabar dari Fiya, lepas-lepas SPM terus menghilang. Nak jumpa tanya papa Fiya seram. Laila memuncung mulut, puas cari lama sosial bernama Luthfiya Amanda tapi tiada!

Sabarlah adik, abang Luth nak keluar. Jaga ibu baik-baik pesan Luth. Ibu Luth iaitu Puan Alya sudah sedarkan diri beberapa bulan yang lalu, kesihatan makin baik. Luth Zhafran kini sibuk memikirkan dan menjaga ibunya. Sejak pemergian Luthfiya, Luth hanya focus kehidupan tanpa wanita.

Hmm okay....Laila melirik ke arah abangnya yang kini gemar pakai warna hitam dan paling tak boleh blaa abangnya tak macam dulu. Effect Luthfiya buatkkan Luth Zhafran berubah, nasib baik lah Mateen setia bersamanya. Jadi apa-apa Mateen banyak mengisi masa lapang, cita-cita untuk menjadi doktor masih dia kejar sehingga menara gading!

Jikalau Laila tahu abangnya sorokkan rahsia bahawa Luthfiya pergi UK mesti mengamuk sakan.

.

KENAPA DATANG SINI?! AKU TAK NAK TENGOK KAU!!!! Iskk iskkk tangisan kuat dari Luthfiya memberi debaran kepada Dato'Amzar. Tidak pernah lihat anaknya tidak terurus, selama ini macam mana Fiya hadapi? Papa tinggalkan Fiya sorang-sorang. keliling bilik bersepah dan gelap.

Abang pergi keluar dulu, biar Has handle... Sekarang Fiya tak stabil lagi. Kata Puan Haslinda dan menutup bilik anak tirinya.

Fiyaa sayang mari Umi peluk, Fiya masih ada Umi. Ingat tak Umi? Umi selalu bawak Fiya jalan-jalan dengan mama. Puan Haslinda memeluk Luthfiya yang teresak-esak di tepi katil. Sungguh jiwanya terusik, maafkan kakak Laila. Baru sekarang kak Has tunaikkan jani menjaga Luthfiya, maafkan kak Has. Haslinda serba salah selama ini dia tidak pernah tengok Luthfiya Selepas adik angkatnya meninggal. Padahal Laila sudah meminta tengokkan dan berikkan kasih sayang terhadap Luthfiya.

~

Luthfiya termenung sendiri di balkoni luar terlihat dari sini awan sudah memakan matahari tanda waktu hari untuk malam. Semenjak Umi Haslinda menjaganya terdapat kesan positif tapi hubungan dengan papa masih dinging tapi papa sedaya upaya cuma berbaik.

Fiya mari makan Umi masak lauk kegemaran Fiya....Fiya waktu makan ubatFiya mari keluar jalan-jalan...Fiya tidur awal ya....Fiya mari tidur dengan Umi...Fiya dan Fiya....Umi tidak putus asa memberi perhatian dan mengambil berat ada saja mulutnya berkata. Kadang dia turut mendengar Umi membaca al-quran dan mendengar ceramah.

Papa pula tak habis-habis cuba buat lawak, masakkan untuk Fiya, beri kejutan macam-macam lagi. Sepanjang papa duduk dia tidak pernah marah dan kata lembut. Papa dah berubah atau dia hanya simpati?

~

Tahu-tahu dah lima tahu hehehe malas nak type panjang-panjang dah kita skip tahun.

5 tahun mereka ada disini bersama aku, hari ini mereka akan pulang ke Malaysia tanpa aku.

Papa dan Umi jangan risau tentang Fiya. Fiya da sihat okay? Tak Nampak ke ni Fiya boleh senyum gelakkk. Aku menghantar papa dan umi ke airport. Wajah masam papa memang buat aku tergelak habisss.

Papa nak Fiya ikut, bila pulaaa nak balik ni?! Dato' Amzar membulatkan mata dan akhirnya tersenyum. Sampai masanya Luthfiya akan balik sendiri.

Dah abang jangan nak berdrama dengan anak. Kita dah nak masuk balai. Fiya ingat pesan Umi jangan sesekali biarkan diri termakan hasutan syaitan. Kalau ada apa-apa luah ye? Umi mencium pipi gebu Luthfiya.

Luthfiya melambai tangan ke arah kedua ibu bapanya sehingga masuk ke balai perlepasan. Kaki mengorak langkah hendak menuju ke lobby.

Telefon bimbit tak habis-habis berdering. Panggilan dari Dr. Neil membuatkan aku malas-malas mengangkat panggilan.

Hello yes why Dr. Neil Ayyash?

I cari u Amanda. You hantar uncle and aunty tak ajak I sampai hati. Suara Neil berdayu merajuk, umur sama engan Along dan aku malas layan dia sebab dia suka aku tapi aku tak suka dia. Kalau layan dia lama-lama nanti dia makin mengada. Dr. Neil kawan along, dia tolong rawat aku selama ni dan aku anggap dia abang!

Busy ada kelas lepas ni, bye! Terus panggilannya ditutup.

Secretarial Administration ye Itulah course yang aku ambil, cita-cita nak jadi doktor terkubur kerana factor kesihatan sebelum ini dan aku rasa tak layak. Papa pun tak paksa, jadi aku ambil je kos mana -mana asalkan belajar.. Time ni laa nak kenal dengan course lain-lain, nanti kelas dah start semua busy dah busy life dan partner masing-masing tiberrrrr~

Makin lama makin merapu ke? Mesti bosan aihhh.

Only Love Luth...FiyaWhere stories live. Discover now