BAB 15

282 10 0
                                    

Setelah seminggu rehatkan diri didalam rumah sejak majlis angah. Macam aku yang kahwin pula? Huhuhu Angah pun sudah pergi honeymoon kelmarin, along pula sudah duduk dirumahnya kembali. Tinggalah papa dan umi, sebelum ini abang tiri aku ada sekarang dia pergi Penang uruskan syarikat papa.

Haii tuan puteri papa ni sakan duduk rumah eh? Ni bila nak start kerja? Dato'Amzar menyapa Luthfiya yang termenung di taman kecil milik Umi.

Hari isnin... paa relax laa sebelum kerja kita enjoy sekejap. Luthfiya main hujung rambutnya yang panjang pinggang.

Aku dapat kerja bahagian PA tanpa temu duga disebabkan aku ada pengalaman mantap dekat UK cehhh. Lagipun kerja syarikat kawan Angah, memang senang kawtim laaa terus dapat. Luthfiya tidak mahu kerja dengan along atau angah.

Yelahh esok nak papa hantar atau naik motor? Papa tergelak mesti perli aku ni.

Ishh paaa tu zaman muda Fiya, takkan nak naik motor pakai kain? Cehh dulu boleh je hahaha lagipun dah lama tak naik motor jadi rasa seriau sikit. Dulu bawa kat UK seram wooo, mamat-mamat sana kacau lepas tu kejar Fiya. Tu jadi trauma sikit hahahha.

Fiya nak naik kereta angah dulu laa, angah tak bawa kereta pergi honeymoon. Heheh sekali-sekala rembat barang abang sendiri. Mesti dia bising kalau tahu, angah kedekut sedikit tak macam along.

Apa-apa jelah Fiya asalkan Fiya happy, jangan sampai kereta angah rosak. Kang dia tahu mengamuk sakan. Papa duduk disebelah anak perempuannya.

Tak lama kemudian, Umi membawa dulang air bersama kek gula hangus yang dibuat olehnya.

Wahhhh Umi sedapnyaaa! Terus kek gula hangus ambil dan makan rakus.

Pelan-pelan nanti tercekik tegur Puan Haslinda yang tengah menuang air dan duduk didepan suami dan anaknya.

Uhukkk. kang dah tersedak. Masin betul mulut Umi ni.

Haih kamu ni Fiya, perlahan-lahan laa. Kalau mak mentua tengok mesti geleng kepala. Dato'Amzar mengambil kek gula hangus dan makan dengan tertib.

Ish apa ni papa main mak mentua ni. FIya tak nak kahwin lagi!! Luthfiya memuncungkan mulut sedepa.

Eh betulaa papa kata, lagipun kamu dah memang sesuai dah kahwin. Haritu papa tengok abang Laila usha kamu kemain tak lepas.

Tersedak lagi sekali bila papa mention "abang Laila" papa sengaja atau memang dia nampak erghhhh. Cakap pasal abang Laila memang aku dah tak jumpa, kalau Laila selalu jumpa selama seminggu. Nampaklaa aku yang over haritu nak nangis bagai. Sendiri menghalau orang sendiri tak boleh move on!

Ada-ada jelaaa papa....kek makan tanpa berhenti.

Sebelum Fiya balik ada orang merisik Fiya. Kata Umi, dari tadi dia senyap sekarang gilirannya bercerita.

Ishh siapa yang gatal risik anak dara orang ni?! Mood nak makan sudah berhenti.

Orang sama setiap tahun dia merisik Fiya, Fiya tak nak terima dia ke? Jawab Umi tenang.

Ntah sapa-sapa laa mamat ni, memang tak nak terima! Rupa pun tak tahu, macam mana dia kenal aku ni. Aghhhhh malas fikir lain laa kalau Luth Zhafran yang hot meletopp tu merisik nak lerr aku terima.

Biarlah papa umi, ignore jelaaa. Fiya nak masuk bilik dulu, thanks umi hehehe pipi umi dan papa aku cium.

Mereka berdua hanya bergeleng kepala sesama sendiri, tahu sangat Luthfiya nak mengelat.

.

Hari ini Luthfiya mengenakan blose hitam paras paha bersama palazzo tulang warna grey kotak-kotak dan tudung shawl warna kelabu. Warna hitam tak pernah terpisah, secalit lipstik warna matte lip Loreal code I rule 414. Hahaha cehh siap ada bagi code! Apa-apa jelah Luthfiya pakai apa-apa je cantik, warna contact lens hitam sentiasa pakai. Kalau tak pakai orang tergodahhh tengok auchhh.

Kereta angah Luthfiya menaiki dengan berhati-hati, bergerak awal ke kerja kerana hari pertama dan tak tahu jalan office. Jadi kita tengok waze huhuhu nak pergi sendiri kan...haa kena laaa cari sendiri.

Mana bangunan ni aku asyik pusing-pusing dasar waze bawak aku jalan kampung mana tadi, padahal punya bangunan tepi ni je dia bagi jalan tikus. Grrrr....aku sudah sampai dihadapan bangunan besar dan megah ini. Sebelum masuk cari parking dimana

Okay sinilaa park, yeayyy tak sabar nak masuk! Dengan gopoh-gopoh aku bawa kereta sekali gedebummm!!!

Pedal brek kaki tak sempat nak tekan sekali tercium kereta mewah hitam didepan. Huwaaa mampos first kerja dah bala datang. Kereta angah! Mampus kauu Fiyaaaa! Kereta dihadapan masih tidak keluar, jadi aku mengambil keputusan untuk keluar, sambil keluar tangan menutup mata sebab takut nak tengok keadaan kereta.

Shitt calar kereta angah! Aku nak jawab apa ni? Kereta mahal yang aku langgar pulak kemik. Mengomel sendirian mata sudah mula berkaca.

Dear are you okay? Jawab lelaki itu yang baru keluar kereta.

Keluar-keluar ingat aku kekasih dia ke? Blughhhhh tapi macam pernah dengar suara dia!

Errr....sorry saya tak sengaja. Saya tak perasan kereta awak Encik. Kepala memandang orang yang aku langgar sekali mata berkelip-kelip tak percaya.

Luth Zhafran menahan senyum melihat wanita dihadapannya. Dia tahu siapa langgar, takkan tak kenal kereta kawan sendiri. Dan paling menghiburkan Luthfiya Amanda gelabah dan nak nangis...sejak bila dia cengeng ni? Mesti takut laaa tu...

It's okay dear, sikit je. I have to go now. See you again love. Luth Zhafran mengeyit mata dan masuk kereta terus.

Cehhh sesukaaa hati dear kan aku, love? Hmmm Luth Zhafran...eh japp sebelum aku fikir dia, baik aku fikir kereta ni. Jam tangan di lihat, sudah menunjukkan 9 pagi. Haaa lambat sudahhh!!! Kelam-kabut park kereta.

Luth Zhafran masuk ke office dengan senyuman. Biasanya masuk office mukanya dingin tanpa senyuman tapi hari ni terasa special ececec. Luthfiya Amanda I'll make sure you will be mine.

Pelik tak hari ni Maryam? Bos datang kerja senyum! Staf paling suka gossip iaitu Zati.

Entahlah mood dia baik kot. Ujar Maryam bertudung pink. Dia juga melihat Tuan Luth Zhafran tersenyum-senyum. Hatinya tahu kenapa, sebab buah hati dari jauh sudah balik Malaysia. Laila sudah beritahu Maryam bahawa Luthfiya balik. Hmm nampaknya aku tak dapat lawan Luthfiya, selama ni Maryam cuba mengorat Luth Zhafran tapi masih tidak dilayan.

Sejak rapat dengan Laila, Laila jarang bawa ke rumahnya kerana Luth Zhafran tak suka. Kalau datang pun mesti kena ada Mateen sekali. Maryam dalam dia sukakkan Luth Zhafran...

Eh Maryam tahu tak PA baru Tuan Luth tu? Sekarang Miss Vina tengah ajar selok-belok syarikat, tak sempat lagi dia nak kenalkan diri. Zati duduk sebelah Maryam sambil menyemak kertas kerja.

Ntahlah kak Zati, Maryam tak ambil tahu. Lagipun PA Tuan Luth asyik bertukar je...tu Miss Vina tak kenalkan lagi kot, lagipun banyak kerja tertangguh. Yelaa PA Tuan Luth selalu berhenti sebelum ni, tak disebabkan gatal atau PA tak tahan layanan Tuan Luth tegas.

Only Love Luth...FiyaWhere stories live. Discover now