Seperti dijanjikan jika Luth balik dia akan masakkan apa yang di request oleh Luth Zhafran. Memang rasa nak nangis fikir....Masak pula dirumah mentua memang segan walaupun Ibu okay je. Mengharapkan Umi disisi..
Luthfiya memakai baju cream dress lengan pendek bersama apron beige floral milik Ibu. Ibu memang suka floral sama macam umi! Dapur mesti ada hiasan bunga-bunga lepastu dinding hijau hahaha. Rambut style messy bun, hari ni Laila dan Mateen pergi kampung mereka selama 2 hari jadi tak payah pakai tudung.
Gaya i dah macam hakak-hakak dekat korea tu hahaha.
Luthfiya sudah sediakan semua bahan-bahan tinggal menunggu encik keli sampai, Luth tengah cari keli tak balik-balik sementara tunggu dia pergilah buat apa patut.
Hi dari tadi Luth tak balik-balik lagi, cari keli ke cari orang ni. Ibu baru datang dari halaman belakang bersama topi kebun. Hok alohhh comeyyy sungguh mak mentua siapa ni angkat tangan!
Entahlah Ibu hehehe. Luth kata otw balik dah....Ntah yang dapat keli miang! AHAHAHA
~
Ni kelinyaaaa.cari keli kat sini macam nak jodoh susah jumpa. Luth memberi plastik itu kepada Luthfiya termenung di dapur.
Luthfiya mengambil takut-takut. Hidup lagi ke kau encik keli? Luthfiya membawa encik keli ke dalam sinki. Lepas saja plastik dibuka keli melompat-lompat denga itu..
Arghhhhhhhh! Keli keli lari....geli...geli.... Luthiya berlari naik atas kerusi.
Kenapa sayang? Luth baru saja pergi ke ruang tamu patah balik melihat isterinya berdiri.
Awak tak cakap keli tu hidup! Tengok dia menari-nari kat bawah tu! Macam mana saya nak bunuh dia ha?!Kenapa tak suruh orang kedai tu matikan dia?! Luthfiya melihat keli itu penuh kegelian.
Luth pergi mengambil keli dan bersiang 4 ekor keli. Sambil bersiang tidak henti gelak, tapi gelak sunyi. Kalau bunyi confirm laaa isteri dia tak nak masak. Bukan dia tak tahu isterinya anti ikan keli, memang sengaja suruh isterinya masak.
I'm done dear. Nak naik atas jap, pergilah cuci apa patut. Luth keluar dapur.
Luthfiya menelan air liur kasar. Dirinya mendekati ikan keli di singki yang sudah siap terbelah perut. Pisau di ambil dan dijolok-jolok untuk pastikkan sudah mati.
Ahhh...encik keli kenapa kau keli? Kenapa tak jadi ikan siakap ke? Kau tahu tak keli, belut ular cacing, pacat segala haiwan seakan spesis kau aku geli....Luthfiya cuba merobek perut ikan keli tapi dia masih dalam kegelian. Kenapalaaa husband aku suka kau encik keli? Kau ni jantan ke betina? Luthfiya berborak dengan keli yang sudah mati, tangan menolak-nolak badan keli menggunakan pisau.
Haii macam ni laa gayanya suami aku makan kuah je tak makan keli kang! Luthfiya cuba mengambil keli sambil memejam mata. Warghhhhhhh! Lembiknyaaa! Luthfiya kembali mencampak ikan keli, kesian diri dibanting-banting oleh Luthiya.
Huuuuuu...fuhhhhhLuthfiya merenung empat ekor ikan itu dengan lama.
Pap!!!!
Luth diketuk kepala oleh ibunya menggunkan topi. Nasib baik pakai topi kalau cangkul? Baru nak marah, mak sendiri tak pernah pukul kepalanya. Tapi sekarang mak dia laa pukul. Kan dah keluar aura Madam Alya guru mata pelajaran sejarah dan sains fuhhhhh.
Kamu terkekek-kekek dekat sini, sedap yaa tengok bini kamu tu? Saja betul kamu kenakan dia ya Luth Zhafran. Nanti dia menangis kamu pujuklaaa macam waktu kecil-kecil dulu. Puan Alya pergi ke arah menantu nyaa yang asyik merenung ikan ikan keli. Bukan dia tidak Nampak dari pintu dapur wajah menantunya berperang dengan ikan keli sama macam arwah mamanya.
Kantoi! Dari tadi lagi dia mengintai isterinya sejak dia habis menyiang. Ralit perhati sampaikan Madam Alya datang tidak sedar hehehe. Teringat kisah lama yang di sebut oleh ibu....
Flashback...
Waktu umur Luth 7 tahun dan Fiya 4 tahun. Keluarga Luth dan Fiya pergi memancing sambil berkelah. Semasa memancing Luth dapat ikan keli, ikan keli itu terlompat dekat Fiya. Fiya terjerit ketakutan dan kegelian.
Abang Yuht! I hate this ikan....Air mata Luthfiya mengalir laju.
Walaupun Luth baik dengan Luthfiya, adakalanya dia suka Usik Luthfiya.
Jangan nangis, abang Luth nak bagi hadiah pejam mata. Dengan percaya Fiya pejam...Luth mengambil tangan Fiya lalu meletakkan di badan ikan keli.
Eiiiiiii!!!!! Luthfiya menangis sakan dan berlari ke arah mamanya.
Akhir sekali Luth pujuk dengan betulnya sehingga topinya diberi kepada Luth. Topi tulisan Luth diberi tanda pujuk. Fuhhhh siapa suruh kenanakan anak orang kan dah mendapat.
End flashback..
Mari ibu siang, Fiya pergi buat kerja lain dulu. Luthfiya dengan gembira laju masak benda lain ehehehe. Melihat Luth Zhafran di Lorong dapur membuatkan Luthfiya memandangnya dengan mata sepet.
Luth Zhafran melihat isterinya memandang lalu dia memberi flying kiss dan berlari pergi. Kantoi dengan Luthfiya lagilaaaa teruk kena.
Ishhh suami siapalaaa ni apa ingat sweet?
~
Setelah selesai masak masakkan lain barulah Luthfiya focus kepada Encik Keli. The special one....
Wong ko ngene kok dibanding-bandingke (banding-bandingke)
Saing-saingke, yo mesti kalah
Tak oyak'o, aku yo ora mampu
Mung sak kuatku mencintaimu
Ku berharap engkau mengerti, di hati ini
Hanya ada kamu
Lagu ni kan trend dekat tiktok hehek! Orang tua kata jangan menyayi kat dapur nanti kahwin dengan orang tua. Tapi suami saya muda jeee baru 28 tahun tua sikit je...Sambil menyayi kitaaa menumis yihaaaa..
Selepas siap kuah masak lemah mereneh barulah turn encik keli masuk.....fuhh dengan berhati-hati Luthfiya mengepit encik keli untuk memasuki ke dunia masak lemak cili api! Euwww byeee selamat tinggal wahai musuhku!
~
Makanan dimeja sudah siap dihidang.menu kampung oleh Mrs.Luth hari ni semestinya watak Utama encik keli! Masak lemak cili api keli salai, ikan tengiri goreng untuk Fiyaaa, sambal belacan, pucuk ubi goreng dan ulam-ulaman. Patutla abe Luth kekal muda suka makan ulam!
Wahhh sedapnyaaaa Yaa Zawjatii...ni makin jatuh cinta bertambah. Luth datang ke arah meja makan yang siap dihidang. Luth menyentuh encik keli guna sudu.
Aippp sabar dulu nak Panggil ibu sekali, btw Ya Zawjatii apa pulak? Baikk taknya direct sebelum merajuk tak pasal-pasal wuuuuu
Maksudnyaa.nama perempuan. Usik Luth. Awww Fiyaa kenapa cubit ni sakitlah.Luth mengaduh sakit.
Haaa padan muka! Luthfiya menjeling.
Yaa Zawjatii tu wahai isteriku. Luth mencium dahiku dengan shahdu. I'm sorry don't be mad.
Hi tak sorang lagi yang ni pun nak bersemut. Ingatlah orang single kat tepi ni. Perli Puan Alya sambil menjeling ke arah malu.
Arr....ibu jom makan jap nak ambil pinggan. Luthfiya lari masuk dapur malu!
Alhamdulillah makanan dimasak semuanya sedap dan licin dimakan oleh Luth Zhafran... Ingat cukup sampai malam tapi takkk. Dia bantai makan 3 ekor keli fuhhhhhh...hakak memang tak suka awak keli. Laki hakak minat sangat awak maksudnya awak betina laa ni?
Fuhhh bab ni semua tentang encik keli hahahaha. Author okay dengan keli tapi tak makan keli, kalau bersiang boleh hancur kepala ikan tu hahaha.
YOU ARE READING
Only Love Luth...Fiya
Romance📓 1 • Gadis sepi yang bernama Luthfiya Amanda~ Masih kuat walau dibenci oleh papanya sendiri. Sering dibuli tapi dia tidak dapat dibuli kerana keberanian dan sikap selambanya. Mempunyai persahabatan tapi dia mengecewakan temanya kerana sikap rahsia...