Sikap dengki dalam manusia ni,
Makin menjadi-jadi,
Sehingga dia yang tidak bersalah,
Menjadi mangsa pengorbanan.Hauskan harta seluas laut,
Inginkan wang setinggi gunung,
Dan sanggup bermatian,
Demi memenuhi kehendak nafsu mereka.Jika ada yang berjaya mengatasi kekayaannya,
Hati hitam mula membuak-buak,
Dan tercetusnya perbunuhan antara generasi yang sama,
Hanya kerana harta yang tidak kemana.Dengki terhadap rakan,
Dengki dengan keluarga,
Jika dia tak berjaya di atas takhta,
Dia tak akan berpuas hati dengan apa yang dimiliki.