Ramai muka kian bertalam,
Banyak hati makin hitam,
Angkara nafsu dan keegoan,
Yang berleluasa monopolikan jiwa.Jika ketakwaan diajar dari sebermula,
Kalau kesucian diserap semenjak mentah,
Pasti tiada sikap celaka,
Nyahwujud segala kesesatan.Namun manusia kini rosak akalnya,
Angkara dimanipulasi dibelitkan segala,
Penyalur ilmiah pesong semata,
Teknologi mengambil tempat kawal manusia.Mutakhir penganut baharu tercipta,
Terlalu padat dengan kedustaan,
Terdedah pelbagai kemaksiatan,
Menguburi ajaran agama dahulu kala.