Ejekan

600 50 2
                                    

Setiap hari kau asyik menghina dia,

Mengkritik penampilan dan dirinya,

Tapi pernah tak engkau terfikir,

Bagaimana perasaan dirinya.


Kau pernah bertanyakan hal itu,

Dan dia berkata dia tidak berasa tersinggung,

Lalu dia mengukir senyuman,

Dan engkau membiarkan saja dia begitu.


Cuba bayangkan engkau berada di tempatnya,

Semua rakan membahan engkau,

Dan ketawa di hadapan engkau,

Lalu hanya berkata ia sekadar gurauan.


Setabah mana pun diri seseorang,

Dia akan jatuh jua,

Hati dia terguris juga,

Mendengar hinaan sedemikian.


Kerana dia hanya manusia.

ManusiaWhere stories live. Discover now