Hiperbola

362 20 0
                                    

Aku mampu tersenyum saja,
Mengamati segala coretan dikau itu,
Ditelan juga kenyataan yang diungkap,
Di mana banyak penipuan berbanding benarnya.

Sampai satu tahap aku rasa kau melebih,
Malah macam tak logik nan fikiran,
Bukan aku mahu menjuri tentang kau,
Cuma aku berasa kau seperti bongkak.

Hampir semua cerita kau reka,
Ditambah olah membuatnya hebat,
Kadang dimanipulasi dari kaca televisyen,
Bercerita tanpa fikir yang aku tahu semuanya.

Maaf teman,
Aku terpaksa melangkah pergi,
Kerana aku sudah meluat,
Mendengar kepalsuan diri kau itu.

Pesanan akhir buatmu,
Jadilah dirimu sendiri,
Usah berpura menjadi yang lain,
Sebab aku tahu kebenarannya.

ManusiaWhere stories live. Discover now