Menang

727 40 1
                                    

Dengan harapan dan impian,

Dia menutup mata agar segalanya pudar,

Agar dia dapat lupakan segalanya,

Dan bebas dari sengsara.


Sebaik mencelik mata,

Masyarakat masih berkeluh-kesah,

Masing-masing berperang dengan raga,

Mencari ketenangan yang bahagia.


Air mata mengalir tak semena,

Menyalah takdir dan nasibnya,

Berdoa agar dia dimatikan,

Menyesal kerana dilahirkan.


Hendaklah sedar,

Segala rintangan itu hanya sementara,

Kemenangan pasti akan tiba,

Jika engkau tidak berhenti berusaha.

ManusiaWhere stories live. Discover now