Dahulu

376 19 0
                                    

Kadang daku pernah terbayang,
Terasa ingin berada di dunia dahulu,
Di mana lelaki gah mencari kerja,
Si gadis ayu mengasapkan dapur.

Namun dekad berganti dekad
Rutin itu berombak secara drastik,
Di mana tiada lagi sang rajin,
Yang tinggal hanya baki-baki saja.

Jumpa si teruna berkumpul di mamak,
Melihat si dara membongkang hingga lewat petang,
Menonton mereka beromen di pelbagai tempat,
Hingga terlupa si tua di rumah.

Belajar juga ramai yang hancur,
Menganggap ujian itu hanya sia-sia,
Langsung tiada syukur dengan nikmat yang ada,
Hanya merengek dan mengeluh sepanjang masa,

Dahulu tersangat susah la cari duit,
Sampaikan ujian juga inginkan wang
Sekarang banyak sudah prasarana yang ada,
Tapi kita tidak pernah puas dengan segala yang ada.

Segala coretan cikgu,
Sudah cukup buat aku tergamam.

ManusiaWhere stories live. Discover now