Soalan

82 2 0
                                    

Selamat sejahtera sang manusia,
Mengapa kau berada di sini?
Bukan kau perlu scroll instagram sekarang ke?
Bukan kau harus mengintai tweet orang ke?

Jikalau kamu masih sudi membaca,
Aku punya pernyataan yang daku sendiri keliru,
Jadi ku harap kalian mampu mengurangkan kesempitan akal ini,
Membantu meluaskan lagi teori yang logikal di dunia ini.

Soalan pertama,apa yang kau pegang sekarang ini?
Semestinya smartphone bukan?
Atau kau masih lagi terjerat dengan nokia 3310?
Semestinya mengarut kerana gadget itu tiadanya wattpad dan kau tak mungkin baca ayat aku sekarang ini.

Soalan kedua,berapa kerap kau hadap smartphone itu?
Setiap masa?12 jam?4 jam?30 minit?
Yang pasti mesti setiap hari kau tatap walau sesaat.

Benda yang kau pegang ni dah jadi suatu keperluan,bukannya kemahuan.

Tapi sedarkah dunia kita telah dimakan?
Masa kita terbuang begitu saja,
Pergaulan sudah diganti chat.
Kasih sayang menjadi emoji semata,
Dan temu janji kita dengan Tuhan semakin sikit.

Sedarkah engkau kita telah terperangkap dalam dunia itu?
Tahukah kau masih perlu menghadap dunia yang satu lagi?

Tapi bagaimana mahu menggapai akhirat sana jika engkau masih tersadai dalam jerat ikatan teknologi itu?
Maka leraikanlah tali itu dan sila hidup kembali ke dunia nyata,
Kerana masih banyak lagi persiapan kau belum bersedia.

ManusiaWhere stories live. Discover now