Guru

438 25 1
                                    

Seorang insan yang banyak berjasa,
Berkorban masa dan tenaga,
Demi membantu anak-muridnya,
Dan memperoleh kejayaan yang amat membanggakan.

Pepatah Melayu ada berkata,
Malah diketahui semua bangsa,
"Guru umpama lilin yang membakar diri demi menerangi jalan orang lain"
Jasanya tidak mampi diungkap dengan kata.

Tetapi kita tidak sedar diri,
Lupa siapa yang membantu diri,
Kita angkuh kerana berada di tempat tinggi,
Hingga guru kita tidak hormati.

Guru juga manusia biasa.
Mempunyai perasaan dan hati,
Tapi kita suka mencela mereka,
Namun dia masih tersenyum paksa.

Setiap hari kita membising,
Arahan guru tidak diendahkan,

Guru mengajar kita pedulikan,

Seolah-olah guru ini hanya boneka.

Andai satu hari nanti,

Hidup kita gelap gelita,
Kita menangis di lorong sepi,

Dan menyesal akan perlakuan mereka.

Jika kita buat guru terguris hati,

Walau luka sebesar butir nasi,
Ilmu dan anugerah yang diberi,

Semuanya tidak diberkati lagi.


ManusiaWhere stories live. Discover now