Musykil

511 36 0
                                    

Aku terlihat si gadis yang berkaca mata,
Rupa parasnya tidak sempurna,
Tiada rakan di sekelilingnya,
Bersendiri dan termenung saja di bangku sana.

Aku musykil,
Bagaimana dia menghadapinya?
Mengharungi hidup yang sebegitu rupa?
Dia menempuhi berseorangan,
Tanpa ada sokongan seorang teman.

Dia tidak mengenal erti sahabat,
Tidak disedari akan kehadirannya,
Sering hilang di balik ribuan manusia,
Perginya tiada siapa yang terasa.

Aku tertanya sendiri,
Sekiranya aku berada di tempatnya?
Adakah aku berjaya menempuhinya?
Atau menangis di sebalik pintu ini?


ManusiaWhere stories live. Discover now