Berjauhan dari tersayang,
Seakan ada tembok yang menghalang,
Tidak mampu untuk menatap,
Wajah yang amat dirindui.Apabila ingin bersemuka,
Ada sahaja rintangan yang tiba,
Terlalu sukar untuk ditempuh,
Putus asa cara terbaik.Raut tua sering terbayang,
Ingin mendakap erat orang itu,
Dia yang memelihara diri ini,
Memberi kasih yang secukupnya.Namun tidak kesampaian,
Dia terlalu jauh untuk dikejar mahupun dicapai,
Dan hanya mampu menunggu dia kembali,
Pulang kepangkuan diri ini.