Hendak ditanya,
Segan menghalang,
Hendak dimarah,
Kesabaran menegah.Soalan itu tiada jawapan,
Dan terbiar saja begitu,
Kemarahan ini tiada kesudahan,
Masih tersisa kerana tidak diubati.Hal itu mengubah segalanya,
Jawapan yang sebetulnya dia tidak mencari,
Hanya kepalsuan dia pelajari,
Hati itu mulai hitam,
Angkara dendam tersemai di sana.Sebaiknya kau bertanya,
Agar tidak terseksa ilmu pengetahun,
Seeloknya kau lepaskan marah itu,
Supaya tidak berubah kepada benci.