Dulu susah benar ingin bersembang,
Perlu kayuh basikal dengan lajunya,
Harus berlari merentas desa,
Semata-mata ingin berkecoh menyebar cerita.Kian tahun berganti dekad,
Tidak perlu lagi kita bersusah,
Ibarat kata orang-orang dewasa,
Segala kemudahan hanya di hujung jari.Dahulunya kau terkial-kial dengan MySpace,
Berjinak-jinak bersama Facebook,
Bermesra-mesra terhadap Twitter,
Kini berkasih sesama Whatsapp.Terlalu banyak kemudahan,
Hingga aku tak terhitung belambaknya,
Pelbagai prasarana yang direka,
Memudahkan segala pekerjaan.Suatu hari internet mencari nahas,
Sudah bijak memainkan peranan,
Mengkhayalkan emosi manusia,
Metaksubkan keinginan ramai generasi.Remaja selalu lalai dalam siber,
Dewasa takjub hingga endahkan kewajipan.
Akhirnya semua ghaib dari realiti,
Kerana smartphone yang menarik mereka ke dunia lain.