Si nenek duduk bersimpuh,
Meneroka pemandangan dunia,
Dibezakan dahulu dan kini,
Banyak sungguh perubahannya.Dia mengeluh rindu,
Arwah suami selamat dikebumi,
Tinggal dia sendiri,
Bersama rumah kayu seabad lamanya.Dengan tangan menggeletar,
Lutut yang semakin lemah,
Dia berjalan mencari teman,
Namun hampa tidak ditemui.Nenek teringat akan seseorang
Si dia juga telah lanjut usia,
Hanya menunggu hari kematiannya,
Tidak terlarat ingin bekerja.Si nenek tersenyum girang,
Dia tidak terasa tua,
Kerana ada yang lebih lanjut darinya,
Iaitu sang dunia.