Pernah rasai?
Tiba-tiba jiwa kau seakan terseksa,
Hiba tanpa sengaja,
Rasa sakit tiada tahu punca.Kau ingin mengadu luah,
Tapi tiada taburan ayat sesuai untuk diungkap,
Kau ingin mereka berpaling,
Namun jeritan suaramu seakan tersekat.Kau terasa amatlah sepi,
Perasaan menjadi bercelaru,
Kau mahu keluar dari kesunyian itu,
Tapi tidak tahu bagaimana.Kau mahukan belaian kasih,
Menenangkan jiwa yang sepi ini,
Namun tiada siapa yang sudi,
Maka terbaring kau tangisi sendiri.Lalu kau teringat akan Tuhan,
Dia sentiasa bersama kau,
Dia sudi mendengar keluhan hambaNya,
Dia setia di saat kau bernafas.Aku saran kau pergilah padaNya,
Pasti jiwamu tidak sedih lagi,
Mesti dirimu tidak rasai hiba,
Hati tenang dan bahagia.Jangan bergantung pada manusia,
Jangan berharap pada kebendaan,
Jangan merayu pada keduniaan.Letaklah segala kehidupanmu untuk Si Dia,
Pasti kau tidak perlu lalui kekosongan ini lagi.