Kamera

491 29 1
                                    

Sewaktu diriku kecil,

Ayah selalu memgang sesuatu,
Berbentuk seakan kotak dan ada silinder di depannya,
Membawa benda itu kemana sahaja.

Setelah aku mencecah angka empat,
Barulah aku tahu apakah benda itu,
Nama barang kesayangan ayah itu kamera,
Tujuan dicipta untuk menyimpan pelbagai memori.

Aku ingin mencubanya,
Namun ayah melarang dari memegang kamera,
Kerana takut aku apa-apakannya,
Kerana ia barang berharga ayah.

Namun suatu hari ayah membeli untukku,
Sama warna dengan ayah,
Tapi lebih canggih berbanding ayah,
Baharu dan tidak disentuh lagi.

Pada permulaan hari,
Aku kekok memegang kamera,
Segala gambar yang telah diambil,
Berkabur serta tidak jelas pandangannya.

Namun kini aku sudah mahir menggunakannya,
Kamera sentiasa digenggaman,
Merakam saat memori indah,
Menangkap gambar segala kenangan,
Dan tidak lepas walau sedikit pun.

ManusiaWhere stories live. Discover now