Tipu

421 25 2
                                    

Banyak sungguh sandiwara,
Megah betul pentas drama dunia,
Hinggakan aku banyak meragui,
Yang mana satu realitinya.

Terdapat dusta di setiap kata,
Muslihat di sepanjang tulisan,
Sekiranya bijak kau mampu menafsir,
Pasti terbongkar segala tipu daya.

Tetapi kini pandangan kita kian terhalang,
Kebenaran tertutup dek segala fakta direka,
Memanipulasi pelbagai cerita,
Dan terbentuk kepercayaan yang palsu semata.

Ramai sudah tertipu,
Di dunia lakonan ini,
Maka berwaspadalah sentiasa.

Mereka cuba menarik kau ke dunia,
Dan lupa tentang hari pengakhiran,
Di mana tempatnya hanya dua,
Keindahan atau jahanam.

ManusiaWhere stories live. Discover now