Kau terkurung di lorong hitam,
Dua jalan menjadi penentu,
Yang satu tersinar cahaya,
Kegelapan pula di lorong satu lagi.Kau berlari ke cahaya,
Tiada daya kau berjalan,
Hilang kudrat kau merangkak,
Jalan akhir kau mengesot.Kau toleh ke belakang,
Sangat gelap hingga hilang jalan permulaan,
Ingin berbalik seperti tersia,
Kerana sudah tiada bayangan.Semakin hampir ke cahaya,
Kaki kau ditarik secara paksa,
Maka berhenti di tempat asal,
Kau mula semula perjalanan itu.Hal itu hanya berterusan,
Sehinggalah kau sedar,
Lorong gelap itu jalan mudah kau sampai,
Ke destinasi dituju itu.