Raya

284 21 3
                                    

Bulan bermakna berlalu pergi,
Memberi laluan syawal menonjolkan diri,
Dengan nafas lemah tidak berdaya,
Aku gagahkan jua bersiap siaga.

Heningan bising di pagi hari yang ramai menanti,
Aku memerhati segala ragam mereka,
Melihat anak kecil celoteh bersama tuanya,
Membuatkan daku senyum sendiri.

Budak kecil yang comel berlesung pipit,
Sentiasa girang bersama keluarganya,
Mendapat pelbagai warna sampul raya,
Sangat teruja menyambut lebaran.

Di pagi nan sejuk ramai memohon sepuluh jari,
Berlaga lidah siapa menyedia juadah,
Tersenyum malu menunggu sampul dihulur,
Terpukau melihat persembahan letupan api.

Hari yang sememangnya indah ini,
Kadang kala tidak dapat dirasai buat sebilangan,
Kerana tiada kehadiran seseorang yang disayangi,
Kehilangan penyeri hari aidilfitri.

Selamat hari raya,
Buat mereka yang masih berdiri.
Semoga sentiasa gembira bersama tercinta,
Menyambut hari bermakna bersama ini.

ManusiaWhere stories live. Discover now