Sabar

519 32 0
                                    

Si manusia tersenyum,
Menyatakan hasratnya tergendala,
Namun dia redha dengan hal itu,
Dia sabar menerima berita.

Ramai hairan dengan dia,
"Kuat sungguh dia,
Kalau aku pasti akan menangis sesedihnya"
Segala puji dan keji dilemparkan padanya.

Tibanya pulangannya,
Orang rumah hanya memerhati,
Tidak berani ingin bertanya,
Ego tinggi hingga tidak mahu tahu.

Bulan purnama menerangi gelap,
Tersenyumnya dia sambil mata berkaca,
Sedih dan berduka hati
"Sabar diri,ada yang lagi teruk dari kau.Kau boleh hadapinya"

Perasaan yang dah lama di hati,
Diluah dengan tangisan,
Dan terbina hati kuat kembali,
Dan lagi dikemudian hari,
Sabar...

ManusiaWhere stories live. Discover now