Hajat

134 6 0
                                    

Legasi keturunan sukar diubah,
Tetap mengalir dalam sel merah,
Melakar sebentuk jasad,
Yang bakal dihuni roh yang ditentukan.

Jasad yang mampu bergerak berkata,
Sebaik-baik ciptaan Yang Bijaksana,
Namun hampa dia mengkhianat,
Merosak ciptaan yang sedia tereka.

Saat hijauan mahu membiak,
Kau meragut kepesatannya,
Detik fauna hendak merasa bahgia,
Kau robek segala kehidupannya.

Mungkin kita mahu yang terbaik,
Obsesi kemajuan hendak dikecapi,
Hingga sanggup mencalar menghiris,
Kesempurnaan litosfera dan biosfera ini.

Aku selaku peninjau bisu,
Hanya melihat dengan mata yang kosong,
Mengabai saat tatap segalanya musnah,
Dan berharap semuanya makin baik.
Walau aku tahu ia hajat tiada tercapai.

ManusiaWhere stories live. Discover now