"Tak ada sesiapa ke yang nak eliminated dia?" soal Keeho sambil menyilang kedua- dua tangannya di dada. Jiung yang sedang duduk bersandar di dinding ditenungnya tajam.
"Keeho. Sudah Keeho. Kau jangan melayan sangat emosi kau tu." tegur Taeyang ingin menenangkan kawannya yang tidak berhenti dari menuduh Jiung sebagai imposter. Padahal, Jiung sendiri tidak tahu bagaimana situasi itu terjadi walaupun dia bersama Felix waktu itu.
Jiung tidak memberitahu apa yang terjadi, hanya bagitahu bahawa dia tidak tahu bagaimana semua itu terjadi. Ianya terjadi secara tiba- tiba. Sedangkan tiada orang lain yang bersama mereka berdua.
Disebabkan kejadian itu, dia juga menyalahkan dirinya sendiri kerana tidak menjaga Felix dengan baik. Sudah lah Felix mampu berfikir dengan logiknya, tidak seperti rakan mereka yang lain, terutamanya Keeho dan Shota yang masih mentah. Pemikiran masih tidak matang.
Tanpa plan terus menuduh Jiung sebagai imposter sedangkan tiada satu pun klu yang memberitahu mengenai lelaki itu.
"Eliminated ajelah dia. Biar je dia dekat sini mana lah tahu nanti ada orang lain jadi mangsa dia." Keeho menjeling Jiung yang masih diam tidak bersuara.
"Keeho! Cukup! Kau kenapa sebenarnya huh?! Engkau bertindak melulu macam ni kenapa? Ke engkau yang imposter tu?" Jongseob memarahi Keeho yang tidak habis bertindak melulu.
"Kenapa kau nak marah aku pula? Siap tuduh aku imposter lagi. Kau ada bukti ke huh?"
"Dah tu? Kau tuduh Jiung tu? Engkau pun tak ada bukti kan? Walaupun dia ada dengan Felix tak bermakna dia yang bunuh Felix! Kau memang tak pandai nak baca situasi sekeliling ke huh?!"
"Kenapa kau nak bela budak tak guna tu huh?! Atau kau yang imposter ? Kau bagitahu sekarang Jongseob!"
SLAP!
Keeho menyentuh pipinya yang baru sahaja ditampar.
"Sudah Keeho! Kau memang melampau! Sanggup kau gelarkan kawan kau 'budak tak guna' ? Engkau memang dah melampau. Jangan sampai aku sendiri yang bunuh kau tak pun eliminated kau sekarang juga!" Dada Taeyang berombak- ombak. Sabarnya terhadap Keeho sudah hilang. Semakin lama, perangai Keeho semakin menipiskan sabarnya.
Shota yang berada di sebelah Jongseob hanya mampu melihat sahaja. Dia terkejut melihat Taeyang yang bertindak menampar pipi Keeho. Itu adalah kali pertama dia nampak kesabaran Taeyang menghilang. Sebelum ini dia hanya memarahi mereka sahaja tidak pernah ditampar kecuali ditampar ketika lelaki itu ketawa.
"Aku tak tahu kenapa kau benci sangat dekat Jiung. Kalau kau benci dia sebab dia tak suka dengan kau, kau sebenarnya salah. Kalau dia benci kau, tak suka kau, sudah lama dia pergi tinggalkan kau, Keeho. Fikir- fikirkan lah apa yang terjadi sekarang ni sebelum terlambat." Taeyang menjeling Keeho sebelum melangkah pergi dari situ.
Jongseob yang turut terkejut, hanya mengikuti langkah Taeyang. Dia tidak mahu berada bersama Shota dan Keeho. Menyakitkan hati sahaja bila bersama mereka berdua. Jiung sempat dibawa mereka bersama. Jika tinggalkan lelaki itu, entah apa yang akan terjadi.
Suasana hening. Hanya bunyi derapan kaki tiga sekawan itu melangkah pergi sahaja.
Perlahan- lahan Shota menghampiri Keeho. Pipi lelaki itu dipandangnya. "Pipi kau merah." Keeho menggelengkan kepalanya.
"Sikit aje ni."
~•~
Taeyang menyepak kotak- kotak yang berada di tepi dinding sebelum dia melabuhkan punggungnya di atas sebuah mejayang berada di sebelah kotak yang disepaknya. Berkali- kali nafas ditarik dan dihembusnya ingin menenangkan dirinya.
YOU ARE READING
[OG] School Maze | TXT SKZ P1H
Mystery / ThrillerRombongan ke sebuah resort untuk meraikan kemenangan dalam acara sukan bertukar menjadi rombongan yang misteri. Bermacam perkara yang terjadi kepada 19 orang pelajar yang terlibat dengan rombongan itu. Note! - Tiada kaitan dengan yang hidup dan ya...