SCHOOL MAZE - 30

15 2 0
                                    

Tap!


Tap!


Tap!


Bunyi derapan kaki bergema di kawasan itu. Derapan kaki milik Seungmin dan Yeonjun yang masih hidup di tingkat itu berlari mendekati Beomgyu. Jasad Soobin tidak bernyawa dipandang kesal kerana tidak sempat untuk menyelamatkan sahabat mereka itu.

Mereka datang sini disebabkan suara Beomgyu yang menjerit mengucapkan kalimat yang sama. Meminta maaf kepada jasad Soobin yang tidak bernyawa dengan suara tangisannya dan menjerit kuat nama Soobin.

Klu yang berada di sebelah Soobin dipandang Yeonjun. Hatinya bagaikan kaca yang dipukul sehingga pecah. Klu yang memberitahu bahawa Beomgyu merupakan sahabat mereka yang terpilih sebagai wolf.

"Soobin-" Yeonjun rebah ke tanah. Air matanya mula mengalir. Memori dimana dia menuduh Soobin sebagai wolf berlegar- legar di mindanya. Perasaan kesal mula menyelebungi dirinya.

Dia tidak sempat untuk meminta maaf kepada Soobin atas kesalahannya yang bermati- matian menuduh Soobin sebagai wolf yang mereka cari sedangkan tiada satu pun klu yang memberitahu tentang Soobin.

"Beomgyu- ya. Kau buat apa dekat dia huh?!"

Beomgyu tidak menjawab, dia masih memeluk Soobin erat. Tangisannya semakin menjadi- jadi.

Seungmin tertoleh ke arah pisau yang berada di atas lantai. Pisau itu berlumuran darah. Melihat pisau itu, Seungmin sudah tahu Soobin ditikam oleh Beomgyu. Yeonjun bangun dari rebahnya dan menarik Beomgyu jauh dari Soobin membuatkan pelukan itu terlerai.

"Kau bagitahu aku sekarang kenapa kau buat semua ni?!"

"Apa yang patut aku buat huh?! Kau tahu tak aku akan mati kalau aku tak bunuh sesiapa yang tahu rahsia aku?! Even Jisung aku tangguhkan sebab aku tak nak bunuh dia."

"Tapi tindakan kau, kau punca kawan- kawan kita semua mati tahu tak?! Kau tak fikir ke apa yang akan terjadi disebabkan tindakan kau huh?!"

"Aku menyesal, Jun. Aku menyesal. Aku pun tak nak bunuh kawan- kawan kita. Tapi aku terpaksa. Kau tahu tak wolf lain semua ugut untuk bunuh aku kalau aku tak lakukan kerja aku? Walaupun Minho tak ada masalah tapi Shota! Dia selalu ugut aku! Dalam group walahal baik tapi dalam personal. Aku seorang je tahu apa yang dia ugut aku! Kau fikir engkorang semua aja ka yang akan mati disebabkan game ni huh?!

Korang memang tak tahu apa yang aku alami sebab korang semua sheep bukan wolf macam aku. Aku pun tak sanggup buat semua kerja gila ni. Aku... Aku menyesal..." Beomgyu kembali menangis. Esakannya semakin kuat dari sebelum ini.

"Menyesal kau tak ada gunanya, Gyu. Diorang tak akan hidup balik. Kau menangis macam mana sekalipun diorang tak akan kembali." Seungmin mengusap belakang Yeonjun, menenangkan sahabatnya. Wajah Yeonjun kemerah- merah menahan marah dan pipinya sudah di basahi dengan air mata.

"Sudah Jun, sudah."

Dengan pantas Yeonjun mengeluarkan telefonnya. Dia membuat keputusan untuk vote Beomgyu sebagai wolf.

"Yeonjun!" Seungmin menahan tangan Yeonjun tidak mahu sahabatnya itu bertindak vote Beomgyu. Jika Yeonjun vote Beomgyu sebagai wolf maka, Beomgyu akan mati di hadapan mereka berdua dengan cara macam mana tiada sesiapa tahu. Hanya mereka yang berada di tingkat bawah sekali sahaja pernah melihat kejadian itu.

Tetapi disebabkan tindakan mereka, beberapa orang yang terselamat dibunuh oleh Shota yang seorang sahaja terselamat di tingkat paling atas. Bagaimana dia turun ke bawah? Tiada siapa yang tahu. Jika ditanya Beomgyu entah lelaki itu tahu ataupun tidak.

[OG] School Maze | TXT SKZ P1HWhere stories live. Discover now