SCHOOL MAZE - 18

8 3 0
                                    

Shota yang sedang duduk bersandar di dinding sambil memeluk lutut dipandang Jongseob dan Taeyang. Kepala remaja itu disembam di antara kedua- dua lututnya. Darah yang penuh di tubuhnya masih tidak dicuci.

Keeho hanya mampu memandang ke arah luar tingkap. Dia tidak tahu apa yang patut dia lakukan sekarang ini. Kesemua rakannya menyalahkan dirinya. Sedangkan dia juga tidak sangka Jiung akan bertindak untuk menarik diri dari permainan ini.

Dia tidak sangka perkara seperti ini akan terjadi dan...

Seketika dia seakan- akan faham mengapa Jiung tidak memberitahu dirinya dan Shota mengenai apa yang berlaku di antara Jiung dan Felix. Bunyi tembakan yang entah datang dari mana secara tiba- tiba, peluru menembusi bahagian dada Jiung sehingga remaja itu terkorban pada waktu itu juga.

Walaupun dia tidak tahu apa yang terjadi tetapi situasi sekarang menyedarkan dirinya. Pengorbanan Jiung membuatkan dirinya sedar akan sesuatu mengenai permainan ini.

"Sekarang Jiung sudah tersingkir. Puas hati kau?" Jongseob memeluk tubuhnya. Padangan tajam dituju ke arah Keeho.

"Aku tak tahu plan Jiung menjadi atau tak. Macam sia- sia saja." Taeyang memicit pelipisnya. Keeho mengetap bibirnya. Mendengar kata- kata Taeyang mengenai plan membuatkan dirinya ingin menghambur marahnya terhadap Jiung.

Secara tiba- tiba sahaja Taeyang mengatakan itu sebahagian daripada plan Jiung.

"Apa yang kau maksudkan dengan plan?" Soal Shota yang masih menyembam kepalanya di lutut.

"Kitorang berdua tahu dia sebenarnya nak tarik diri. Dia bagitahu kitorang berdua malam tadi." Shota mengangkat kepalanya. Wajah Taeyang ditatap.

~•~

"Jiung! Apa kau buat ni?!" Taeyang menempis kuat tangan Jiung yang sedang pegang serpihan kaca pecah. Tingkah laku Jiung yang ingin menoreh pergelangan tangan itu segera dihalang. Tidak mahu terjadi perkara yang tidak diingini.

Jiung mengetap kuat bibirnya drngan pioi yang basah dengan air mata. Dia sudah tidak sanggup untuk teruskan permainan ini. Mentalnya sudah tidak kuat. Semakin hancur apabila Keeho masih menyalahkan dirinya padahal sudah dijerkah dan ditampar oleh Taeyang.

Sedangkan Jiung yang mulakan situasi ini tidak menyalahkan Keeho. Hanya hari pertama dia menyalahkan lelaki itu sahaja. Perasaan menyesal masih menyelubungi dirinya kerana memulkan hal ini.

Kalau dia tidak menuduh Keeho, semua ini tidak akan terjadi.

Persahabatan di antara mereka berlima sudah hancur disebabkan tindakan melulunya.

"Biarkan aku. Aku dah tak nak teruskan lagi. Aku sakit. Sakit Taeyang sakit!" Tangannya yang dipegang Taeyang ditarik kasar.

"Tolonglah. Kalau kau tak nak teruaskan game ni. Ada cara lain kan? Kenapa kau mesti fikir cara macam ni?" Jongseob ingin meneyentuh bahu Jiung tetapi lelaki itu mengundur ke belakang.

"Tinggalkan aje aku. Aku tak layak. Aku punca semua ni jadi. Kalau aku tak tuduh Keeho semua ni tak akan terjadi."

"Jiung! Sabar lah Jiung. Kitorang berdua ada. Biar kitorang berdua cuba cari cara untuk ubah Keeho. Kau tak keseorangan." Taeyang memegang kedua belah bahu Jiung. Lelaki itu kembali mengetap bibirnya.

"Taeyang, Jongseob. Maaf. Aku dah fikir masak- masak. Aku nak tarik diri."

Membulat anak mata Taeyang dan Jongseob. "Jiung, tolong lah jangan."

[OG] School Maze | TXT SKZ P1HWhere stories live. Discover now