Sudah dua hari berlaku sejak kejadian Shota yang secara tiba- tiba mengejutkan dirinya. Dalam masa itu juga, Seungmin belum sedar dari koma. Hanya Shota dan Seungmin sahaja merupakan rakan di wad biasa yang belum sedarkan diri. Mereka yang berada di ICU belum sedarkan diri walaupuns seorang. Kesemua masih salam keadaan parah.
Mereka masih tidak tahu apa yang terjadi di antara Shota, Seungmin dan Yeonjun. Agak hairan bagaiman Yeonjun cedera parah sedangkan Seungmin tidak cedera parah.
Beomgyu seperti biasa, ditinggalkan seorang diri bersama dua krang yang masih belum sedarkan diri. Dia berada di dunianya, membuka media sosial atau bermain permainan video yang telah dimuat turun di dalam telefonnya. Agak bosan berada di situ tanpa berbuat apa- apa.
Cough!
Cough!
Beomgyu yang sedang baring di katilnya menoleh ke arah Seungmin yang terbatuk- batuk. Dengan pantas dia menekan butang untuk memanggil doktor, butang yang berada di dinding katilnya. Disebabkan dia tidak larat untuk bangun menekan butang di katil Seungmin.
Beberapa minit kemudian seorang doktor dan beberapa orang jururawat berlari masuk ke dalam wad mereka. Walaupun butang Beomgyu yang ditekan tetapi mereka menerjah Seungmin yang batuknya semakin lama semakin teruk.
Beomgyu yang tidak dapat melihat keadaan Seungmin menarik kain langsir menutupi sebelah kanannya. Apabila dia merasakan keadaan Seungmin sudah reda, dia kembali menyelak kain langsir ingin bertanya kepada doktor keadaan Seungmin.
"Dia sudah sedar cumanya dia perlukan sedikit rehat." Beomgyu mengangguk kepalanya. Seketika kemudian doktor itu dan beberapa orang jururawatnya pamit ingin beredar. Otaknya berfikir jika Seungmin sudah sedarkan diri, ianya bermakna Shota orang yang terakhir terselamat di sana.
Anak matanya terlirik ke arah Shota yang masih terbaring tidak sedarkan diri. Dia juga marah atas kelakuan Shota tapi apakan daya, lelaki itu sama sahaja sepertinya ingin selamatkan diri. Mereka semua bertarung untuk keluar dari dunia itu.
"Ergh.."
Pantas Beomgyu menoleh ke arah Seungmin yang sedang mengerang sakit. Wajahnya dapat dilihat jelas dipenuhi dengan peluh setelah doktor membuka topeng oksigen, sewaktu mereka memeriksa keadaan Seungmin tadi.
"Yah, Seungmin. Kau okey?"
Perlahan- lahan lelaki itu membuka matanya. Anak mata melirik ke arah Beomgyu yang sedang memandangnya dengan riak wajah risau. Kepala digeleng perlahan.
"Sakit." Tangannya naik ke dada yang berasa sakit. Siling dipandang dengan wajah pucat.
"Kau nak air?" Kepala diangguk perlahan. Kerongkongnya terlampau kering dan sakit. Sudah berapa lama kerongkongnya tidak dibasahi dengan air kosong.
Beomgyu mengambil cawan yang berada di meja kecil sebelah katilnya dan menuang air kosong dari jar ke dalam cawan itu. Perlahan- lahan dia turun dari katilnya, gagahkan diri untuk memberi air kepada sahabatnya.
Cawan di letakkan di atas meja kecil bersebelahan katil Seungmin untuk membantu sahabatnya bersandar di kepala katil. Setelah selesai, dia menghulur cawan air itu kepada Seungmin. Punggung dilabuhkan di atas kerusi yang ditariknya dari sebelah katilnya.
"Macam mana aku boleh ada dekat sini?" Soal Seungmin hairan setelah memberi cawan kepada Beomgyu. Beomgyu hanya mengangkat bahunya.
"Aku pun tak tahu macam mana nak jelaskan semuanya. Bukan kita dua ja, diorang semua ada dekat sini." Kepala ditoleh kearah Shota yang masih tidak sedarkan diri. Seungmin turut melihat kearah pandangan Beomgyu.
"Yang lain sudah sedarkan diri. Diorang semua melepak dekat wad sebelah. Kecuali Bangchan, Taehyun, Taeyang, Yeonjun dan Jeongin. Diorang masih lagi berada di dalam ICU, cedera parah."
YOU ARE READING
[OG] School Maze | TXT SKZ P1H
Misterio / SuspensoRombongan ke sebuah resort untuk meraikan kemenangan dalam acara sukan bertukar menjadi rombongan yang misteri. Bermacam perkara yang terjadi kepada 19 orang pelajar yang terlibat dengan rombongan itu. Note! - Tiada kaitan dengan yang hidup dan ya...