SCHOOL MAZE - 15

14 5 0
                                    

Jisung melangkah masuk ke dalam bilik masakan bersama rakan- rakannya yang lain. Sebelum ini, bilik masakan berada di tingkat paling atas, sekarang ianya berubah ke tingkat yang mereka berada iaitu tingkat dua.

Masuk sahaja pelbagai makanan dijumpai mereka. Bagaikan seperti kedai runcit yang menyimpan makanan di stor. Padahal sewaktu bilik masakan masih berada di tingkat atas, tiada satu pun makanan yang dijumpai oleh kumpulan Taeyang. Setelah lama menjadi gelandangan, makanan baru dijumpai di bilik yang sama.

"Akhirnya, perut aku dah tak akan kekosongan." Beomgyu mengambil sebotol air minuman berperisa epal. Beberapa roti di ambilnya.

"Kalau tak ada, agaknya kita mati kebuluran." Beberapa bungkus biskut dan sebotol air di ambilnya sebelum mengambil tempat ingin mengisi perutnya.

"Soobin.. Roti kegemaran kau." Huening Kai menghulur vanilla brioche bun. Di atasnya terdapat beberapa potongan raspberries yang dibakar bersama. Soobin tersenyum nipis sambil mengucapkan terima kasih.

Roti itu ditenungnya lama. Rupanya masih elok seperti baru keluar dari oven. Senyuman nipis masih belum lekang dari bibirnya. Secara tiba- tiba dia rindukan abangnya. Abangnya seorang penggemar roti, setiap roti yang dijual di kedai atau kafe, akan dibelinya. Disebabkan abang dia lah, Soobin menjadi penggemar roti. Vanilla brioche bun ini adalah salah satu roti yang sering dibelikan oleh abangnya kepada Soobin.

Huening Kai menatap wajah Soobin yang masih merenung roti itu. "Wae?" Soal Huening Kai, risau akan rakannya. Fikirnya roti itu sudah tidak elok dan tidak dapat dimakan walaupun rupa paras roti itu masih elok.

"Ani." Soobin menggeleng kecil sebelum menyuap roti itu ke dalam mulutnya. Sedikit demi sedikit roti itu digigit.

"Tak sangka roti ni ada juga dekat sini." Beomgyu mencapai sebungkus roti kegemarannya dan membelek ingin melihat tarikh luput yang tertera di plastik. Jisung yang berada di sebelah tergelak kecil.

"Suka sangat eh kau dengan roti tu."

"Of course. Roti ni sedap." Bungkusan plastik dikoyaknya. Roti itu hanyalah roti biasa tetapi rasanya yang agak berbeza dari roti lain. Di tengahnya terdapat sedikit krim vanilla yang dicampur dengan krim strawberri. Di atas roti pula ditabur dengan choco chips.

"Memang dari awal lagi makanan ini aje ke yang ada?" Taehyun yang duduk di sebelah Seungmin bersuara.

"Entah lah. Kalau ada makanan yang berprotein macam nasi tak apa la juga." Yeonjun yang berada di hadapan Seungmin membalas pertanyaan Taehyun.

"Itu lah. Gimbap pun tak ada kalau tak nak bagi nasi berlauk." Ujar Seungmin sebelum meneguk air mineral.

"Shushi ka. Okey juga. Ada nasi, ada ikan macam macam ada."

"Aku rasa pembuat game ni tak cukup modal. Dah tahu modal tak cukup sesuka hati buat. Lepastu tak semua orang dapat makanan."

"Tapi.. Korang tak sedar ke? Kita sudah lama tak makan tapi masih boleh bertahan. Bukan kah manusia tak dapat bertahan selama 1 minggu kalau tak makan dan minum?"

Seungmin dan Yeonjun memberhentikan kunyahan mereka. Kata- kata Taehyun itu membuatkan mereka terdiam. Mereka berdua baru sedar bahawa mereka semua sudah tidak makan dan minum hampir dua minggu tetapi tubuh mereka masih dapat bertahan, hanya berasa lapar.

Huening Kai mengambil sehelai kertas kecil terselit di bawah timbunan roti dan air. Dibacanya sekilas sebelum menunjukkan kertas itu kepada Soobin yang berada di sebelah. Mereka berdua saling berpandangan.

Klu yang seperti Yeonjun jumpa di perpustakaan, klu yang ditulis dalam bahasa Inggeris.

Mereka berdua menoleh ke arah belakang. Kertas itu di angkat ditunjuk kepada kesemua rakan- rakan mereka. "Kitorang jumpa ni." Mereka semua menoleh melihat perkataan yang tertulis di kertas itu.

[OG] School Maze | TXT SKZ P1HWhere stories live. Discover now