Beeeppp!
Beeeeppp!
Perlahan- lahan dia membuka matanya. Siling yang berwarna putih dipandangnya kosong. Dia tidak tahu dia berada di mana sekarang ini, yang dia tahu badannya berasa lemah sehinggakan suaranya juga tidak dapat dikeluarkan.
Slak!
Bunyi kain disebelahnya di selak. Anak matanya mengerling ke arah seorang wanita yang memandang kearahnya dengan wajah terkejut.
"Beom- Beomgyu?" Pipinya diusap wanita itu. Wajahnya sayu dengan air mata mengalir ke pipi. Senyuman tidak lekang dari bibir sambil mengusap pipinya.
Topeng oksigen yang berada dimukanya dibuka sedikit ingin menanyakan sesuatu kepada wanita itu. Suaranya yang agak serak dan perlahan tidak mampu didengar orang tetapi tidak kepada wanita itu yang masih boleh faham apa yang ditanyakan.
"Kamu ada di hospital, nak."
Ubun- ubun rambut diusapnya lembut. "Biar mak panggilkan doktor kejap." ujarnya sebelum melangkah pergi mencari doktor.
Dia memandang sekeliling, dia memang berada di hospital. Tetapi dia berasa bingung. Bukan kah dia sudah mati ditikam Shota bagaimana dia boleh berada di sini? Ingin sahaja dia bangun dari baringnya tetapi disebabkan badannya lemah, tidak boleh bergerak walau sedikit pun.
Kain selimut diselaknya dan baju diangkat sedikit ingin melihat lukanya itu. Luka yang sudah dirawat. Lukanya itu berada di tempat yang sama dia di tikam Shota. Anak matanya meliar ingin mencari jam dan kalendar ingin melihat tarikh dan masa.
Disebelah kanannya dimana ibunya membuka kain langsir terdapat seorang lelaki terbaring lemah. Keadaannya sama seperti Beomgyu. Dia ingin bergerak sedikit melihat wajah lelaki itu kerana tubuhnya itu amat dikenalinya. Wajah lelaki itu masih tidak dapat dilihatnya dengan jelas akibat terlindung dengan kain langsir itu. Dia hanya mampu menunggu ibunya datang untuk bertanya siapakah lelaki itu.
Beberapa minit kemudian, wanita itu datang bersama seorang doktor dan seorang jururawat. Mereka bertiga mendekatinya. Doktor itu memeriksa keadaaan Beomgyu dan beberapa arahan diberi kepada jururawat itu untuk dicatat di buku laporan yang dipegangnya.
Doktor itu membuka topeng oksigen Beomgyu sebelum menoleh ke arah ibu Beomgyu.
"Keadaan anak puan tidak apa-apa. Walaupun anak puan sudah sedar, kami perlu memantau keadaannya untuk beberapa hari sebelum anak puan dibenarkan pulang."
Wanita itu mengangguk kepalanya. "Terima kasih doktor." Doktor itu tersenyum sebelum melangkah pergi bersama jururawat itu dengan membawa topeng oksigen itu bersama mereka.
Wanita itu memandang Beomgyu seketika sebelum melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang berada di sebelah katil. Cawan yang berada di atas meja kecil di sebelah di ambil ingin menuang air kosong ke dalam cawan itu. Perkara pertama, dia membantu Beomgyu untuk bersandar bagi memudahkan anaknya untuk minum air sebelum menghulur air itu kepada Beomgyu.
Perlahan- lahan lelaki itu meneguk air kosong ingin membasahkan kerengkongnya yang sudah kering seperti kertas pasir. Habis sahaja dia meneguk, cawan itu dihulur kepada sang ibu yang setia menanti di sebelahnya.
"Kamu tak rasa sakit dekat mana- mana kan?" Beomgyu menggelengkan kepalanya tanda dia tidak sakit.
"Eomma... Sebelah tu siapa?" Wanita itu menoleh kearah belakangnya dimana seorang lelaki masih tidak sedarkan diri.
"Oh itu.. Kawan kamu, Kim Seungmin." Beomgyu menjenguk kepalanya ingin melihat keadaan sahabatnya itu.
"Syukur dia tidak parah. Kamu berdua... selepas selesai rawat luka dalam dewan bedah terus dibawa kesini. Kepala Seungmin terhantuk. Tak silap ma, enam orang cedera parah."
YOU ARE READING
[OG] School Maze | TXT SKZ P1H
Misterio / SuspensoRombongan ke sebuah resort untuk meraikan kemenangan dalam acara sukan bertukar menjadi rombongan yang misteri. Bermacam perkara yang terjadi kepada 19 orang pelajar yang terlibat dengan rombongan itu. Note! - Tiada kaitan dengan yang hidup dan ya...