SCHOOL MAZE - 29

7 1 0
                                    

Kim Seungmin

Soobin.. Aku terjumpa nombor ni.
Aku tak tahu betul atau tak tapi nombor yang sama kau tengah cari.
101301
Aku terjumpa dalam laptop cikgu.
Maaf kalau aku lambat bagi.

Tak apa. Pertolongan kau amat berguna.
Thank you.

No problem.

•••

Soobin berkeliaran ingin mencari makmal sains. Entah bilanya makmal sains akan berada di tingkat mereka. Sudah lah dia kesuntukan masa, boleh pula makmal sains main sorok- sorok.

Dia berdiri di hadapan makmal sains yang berada di sebelah kelas yang dia menjumpai surat daripada rakannya. Perasaan syukur dan riaksi bahagia menghiasi wajahnya. Akhirnya! Makmal sains kembali!

Dengan pantas dia melangkah masuk ke dalam. Almari yang tersimpannya peti rahsia itu dihampiri. Dengan berhati- hati dia membuka pintu almari itu dan terpamparlah peti bewarna hitam. Peti yang dicarinya akhirnya dijumpai.

Dia melihat nombor yang dihantar oleh Seungmin dan memasukkan nombor itu sebagai kata laluan peti rahsia tersebut. Satu persatu nombor dimasukkan dengan teliti.

Tap!

Kunci peti itu terbuka. Soobin cuba untuk manahan dirinya dari menjerit kegembiraan. Perlahan- lahan dia membuka peti itu. Kegembiraannya hanya sekejap sahaja selepas melihat isi di dalam peti itu. Sehelai kertas kecil di dalam itu memberi petunjuk besar. Petunjuk itu memberitahu nama individu yang terpilih sebagai serigala.

Tangannya menyelup poket dan mengeluar surat yang dijumpainya kelmarin. Kedua- dua kertas itu dibandingkan dan tekaannya betul mengenai rakannya itu merupakan pembelot.

Hari yang bahagia bertukar menjadi sakit. Bagaikan kaca yang dipukul sehingga hancur. Dia masih tidak dapat menerima bahawa rakannya itu merupakan serigala yang patut disingkirkan walaupun petunjuk yang dijumpai hanya tertuju kepada dia sahaja.

Soobin memusingkan badannya ingin mepangkah keluar dari makmal sains, dengan niat ingin mencari Seungmin. Ingin menunjukkan klu yang dijumpainya.

~•~

Changbin memyentuh tingkap yang ditutupi dengan sesuatu. Sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Kadang kala terlihat seperti ada cermin, kadang kala terlihat seperti tiada cermin dan kadang kala terlihat seperti ada sesuatu dinding jernis menutupi tingkap.

Sedang asyik dia melihat permandangan luar, sesuatu jatuh dari tingkat atas.

Bunyi yang agak kuat mengejutkan mereka bettiga. Dengan pantas mereka bertiga melihat 'sesuatu' yang jatuh dari atas. Wajah masing- masing berubah menjadi pucat. Dua orang rakan mereka terbaring tidak sedarkan diri. Di bawah mereka terdapat tompokan darah yang semakin membesar.

Permandangan yang mengerikan. Lagi mengerikan dari sebelum ini yang hanya tersingkir di dalam bangunan tetapi kali ini, dua orang sekaligus tersingkir dengan cara dijatuhkan dari bangunan sekolah.

"Jo- Jongseob, Taeyang." Mereka bertiga tidak mempercayai apa yang baru mereka menyaksikan. Kematian rakan mereka. Rakan mereka yamg baru sahaja jatuh dari tingkat tiga. Perkara yang tidak diduga oleh sesiapa pun.

"Aku rasa tak sedap hati lah.." Changbin mengusap kedua belah lengannya. Bulu romanya semakin lama semakin terpacak.

"Apa yang patut kita buat sekarang ni? Aku puj berasa tak sedap hati. Macam mana diorang boleh jatuh melalui tingkap?" Jeongin memcengkam kepalanya. Bangchan hanya mampu mendiamkan diri.

[OG] School Maze | TXT SKZ P1HWhere stories live. Discover now