Bangchan memeriksa keadaan Intak. Kepala mangsa dipenuhi cairan darah yang mengalir sehingga ke dagu. Kayu baseball yang berada di sebelah dipandang lama. Oleh kerana kayu itu mempunyai sedikit cairan merah.
Teori yang dapat dibuat adalah, kepala Intak dipukul berkali- kali menggunakan kayu baseball itu. Tetapi dia hairan, mengapa kayu itu ditinggalkan di sebelah? Dia tidak takut jika identitinya terbongkar?
"Entah apa ja diorang semua ni." Changbin menyimpan telefonnya ke dalam poket seluar. Dia begitu hairan riaksi rakan- rakannya sebegitu. Mungkin betul seperti yang dikatakan Soobin.
"Intak kena pukul dengan kayu baseball." Ucap Jeongin.
"Semua tunjuk tangan masing- masing." Arah Bangchan ingin memeriksa keadaan tangan masing- masing. Mungkin akan mendapat jawapan apabila melihat tangan masing- masing yang kemungkinan mempunyai kesan kayu baseball.
Hyunjin menjongket keningnya, hairan. "Why?"
"Aku nak tengok kalau tangan korang ada kesan kayu baseball ni." Hyunjin mengangguk kepalanya. Otaknya baru dapat menangkap arahan Bangchan itu. Perlahan- lahan dia menunjukkan tangannya.
Dia juga terkejut selepas mendengar announcement tentang Intak tersingkir. Sudah lah dia berseorangan, sedikit ketakutan oleh kerana mereka semua berpisah seorang demi seorang. Pada awal itu dia bersama Jeongin, mengikuti lelaki itu dari belakang, secara tiba- tiba dia kehilangan jejak lelaki itu.
Asyik berpusing mencari jejak Jeongin akhirnya dia terdengar suara pekikan Jeongin memanggil mereka semua memberitahu bahawa Intak sudah tersingkir. Suara datang dari arah stor dimana Jeongin menjumpai Intak yang sudah terbaring dengan cairan merah memenuhi permukaan wajahnya.
Masing- masing menunjukkan tangan mereka termasuk Bangchan yang membandingkan tangannya dan tangan rakan- rakannya. Tetapi tiada seorang pun tapak tangan mereka menunjukkan kesan pegangan kayu baseball hanya tapak tangan Changbin sahaja mempunyai sedikit luka.
"Tangan kau luka kenapa?" Soal Bangchan ke arah Changbin.
"Oh.. Tangan aku terhiris besi waktu kita ada dalam bilik guru tadi." Jawab Changbin dan Minho menyetujui kerana dia menjadi saksi tapak tangan Changbin terluka di bilik guru sebelum mereka semua berpecah mengikut haluan masing- masing.
Bangchan menyerabai rambutnya. Dia tidak tahu apa yang patut dia lakukan sekarang. Hanya kayu baseball itu sahaja bukti yang mereka jumpa setelah Hyunjin dan Jeongin menyelongkar setiap kawasan sebentar tadi.
Fikirkan tangan masing- masing akan ada kesan kemerah- merahan tetapi nasib tidak menyebelahinya.
"Jadi sekarang?" Bangchan mengurut pelipisnya.
"Aku tak tahu. Sudah la aku tak pandai dalam hal misteri macam ni. Memang imposter tu ada dalam kalangan kita semua." Wajah masing- masing dipandang silih ganti.
"Apa kata kita cari lagi kalau ada benda yang berkaitan dengan pembunuhan Intak." Cadang Hyunjin.
"Tapi cari dekat mana lagi? Kau dengan Jeongin pun dah cari dekat sini." Soal Changbin.
"Tempat lain? Mana lah tahu kan wolf tu biarkan kayu baseball dekat sini tapi benda lain dia sorokkan?" Kata- kata Jeongin membuatkan mereka semua berfikir perkara yang sama.
"Boleh jadi juga. Nk berpecah lagi ka?" Soal Minho.
"Sorang tunggu di sini, yang lain berpecah?" Cadang Changbin.
"Boleh juga."
"Aku nak stay sini boleh?" Soal Hyunjin.
"Why?"
YOU ARE READING
[OG] School Maze | TXT SKZ P1H
Mystery / ThrillerRombongan ke sebuah resort untuk meraikan kemenangan dalam acara sukan bertukar menjadi rombongan yang misteri. Bermacam perkara yang terjadi kepada 19 orang pelajar yang terlibat dengan rombongan itu. Note! - Tiada kaitan dengan yang hidup dan ya...