SCHOOL MAZE- 32

7 1 0
                                    

Beomgyu yang sedang baring di atas katil wad, bermain telefon, dibukanya pelbagai media sosial yang terdapat di dalam telefonnya. Dia baru mendapat telefon, diberi oleh ibunya uang datang melawat pagi tadi. Ibunya ingin tinggal di hospital dan menjaganya tetapi Beomgyu bertekad menyuruh ibunya balik untuk berehat.

Oleh kerana Beomgyu sudah sedar dari komanya dan di dalam wad dipenuhi dengan rakan- rakannya, sampaikan dia terfikir sama ada ini adalah hospital ataupun dorm. Pada akhirnya, ibunya mengalah, wanita itu pulang ke rumah ingin berehat.

Jika Beomgyu ingin meminta pertolongan, dia akan memanggil jururawat atau rakan-rakannya. Disebabkan kesemua rakan-rakannya ditempatkan di wad yang sama, agak senang untuk dia meminta tolong. Dia agak segan ingin meminta tolong kepada orang lain.

Secara tiba- tiba bunyi alat oksigen kedengaran di dalam wadnya. Dia memandang sekeliling, hanya dia seorang sahaja yang berada di dalam wad itu. Seungmin dan Shota yang belum sedarkan diri, dipandang Beomgyu mencari sumber bunyi itu dari arah mana. Ianya datang dari arah Shota.

Badannya masih lemah tetapi dia menggagahkan dirinya untuk bangun, dia meletakkan telefonnya di atas katil sebelum turun menghampiri katil milik Shota. Dengan perasaan yang agak cemas, dia menekan butang yang berada berdekatan katil Shota ingin memanggil jururawat dan doktor.

Slak!

Selang beberapa minit, doktor dan beberapa orang jururawat bergegas masuk ke dalam wad mereka. Langkah Beomgyu semakin lama semakin ke belakang memberi ruang kepada mereka semua untuk merawat Shota. Keadaan wad itu agak kelam kelibut.

Disebabkan rakan-rakannya yang satu wad dengannya sedang melepak di wad sebelah dan Beomgyu tidak menyertai mereka kerana dia igin berehat, ditinggalkan seorang diri bersama Shota dan Seungmin yang masih tidak sedarkan diri.

Melihat keadaan Shota, dia bertanya kepada diri sendiri

Kenapa aku tolong dia sedangkan dia seorang pembunuh? Aku turut mangsa dan dibunuh olehnya.

Berulang kali Beomgyu mengingatkan dirinya bahawa Shota merupakan seorang pembunuh dan salah seorang mangsa ialah dirinya sendiri. Dia dibunuh oleh Shota. Walaupun ianya terjadi di dunia lain tetapi memori dimana Shota menikam perutnya dengan dalam masih segar.

Beomgyu menampar pipinya.

Sedar Gyu, sedar. Kau masih hidup sekarang ni.

Dia memegang perutnya, tempat dimana pisau ditusuk oleh Shota. Langkahnya perlahan- lahan mengundur kebelakang, kembali ke katilnya. Dia duduk di atas katil itu. Nafas ditarik dalam ingin menenangkan diri.

Tidak lama kemudian, kesemua doktor dan jururawat melepaskan nafas lega. Keadaan Shota semakin normal. Alat oksigen turut menjadi normal. Doktor dan jururawat itu menoleh ke arah Beomgyu yang sedang merenung lantai. Mereka memanggil namanya.

"Jika ada apa- apa yang berlaku lagi, laporkan kepada kami." Beomgyu menganggukkan kepalanya. Doktor itu memandang Shota untuk kali terakhir sebelum keluar dari wad bersama juturawatnya.

Beomgyu memandang Shota yang berada jauh dari katilnya. Kata- kata Seungcheol berlegar- legar. Seungcheol memberitahu mereka semua bahawa semua yang berlaku mempunyai tujuan. Tujuan utama adalah untuk membuat ujian terhadap persahabatan mereka, dia ingin melihat sama ada persahabatan mereka erat. Oleh kerana mereka semua merupakan pelajar pertama selain dari Seventeen, yang Seungcheol pernah lihat yang tidak takut untuk membantu pelajar lain yang berada dalam kesusahan.

[OG] School Maze | TXT SKZ P1HWhere stories live. Discover now