"Huening Kai eliminated."
System: 12 participants left
sheeps: 10/16 left
wolves: 2/3 left"Huh... Not again."
Pengumuman yang memberitahu bahawa Huening Kai tersingkir bergema di seluruh bangunan sekolah. Tiga ora sahabat yang terselamat di tingkat pertama turut berasa resah. Mereka tidak boleh pergi kemana- mana selagi permainan itu masih belum tamat walaupun pembelot di antara mereka sudah pun tersingkir.
Hanya mampu berdoa demi keselamatan mereka dan dapat keluar dari situ bersama- sama dengan rakan lain yang mereka berharap, semua orang akan selamat.
Seungmin yang masih berada bersama jasad Huening Kai sudah menenangkan dirinya dengan bantuan Yeonjun. Mereka semua berkumpul di tempat kejadian. Setiap orang dipersoalkan dimana kah mereka berada sewaktu kejadian berlaku.
"Aku ada dengan Soobin tadi." Jawab Taehyun. Sewaktu kejadian berlaku, dia bersama Soobin berdua- duaan. Sebelum ini mereka bertiga oleh kerana berpecah menjadi dua kumpulan dan dengan cadangan Soobin mereka berpecah lagi. Secara berseorangan mencari klu.
Sedang mencari klu berseorangan akhirnya Taehyun terserempak dengan Soobin di dalam sto, Beomgyu tidak kelihatan. Stor tersebut dipenuhi segala kotak yang mereka tidak tahu mengapa ianya disimpan disitu. Isi dalamnya tiada apa pun, hanya habuk sahaja.
"Jadi... Yeonjun dengan Beomgyu ajelah yang berseorangan?" Soal Soobin.
"Kau nak menuduh aku lah?" Yeonjun menyilang tangannya di dada.
"What? Sejak bila? Aku cuma nyatakan perkara betul. yang engkau dengan Beomgyu berseorangan. Aku tak kata pun aku menuduh kau bunuh Kai." Wajah Soobin berkerut. Sungguh dia tidak faham akan perangai Yeonjun yang semakin menjadi- jadi.
Apa? Dia salah kah nyatakan perkara betul? Hanya Yeonjun dan Beomgyu sahaja berseorangan. Tiada siapa lagi yang berada di antara mereka. Hanya mereka berlum sahaja yang tersisa di situ.
Han Jisung sudah tersingkir beberapa hari lepas fan Huening Kai tersingkir hari ini. Di hadapan Seungmin sendiri, Huening Kai terbaring tidak bernyawa. Hanya sekejap sahaja Seungmin meninggalkan Huening Kai untuk mencari makanan.
"Sudah lah. Korang berdua asyik bergaduh saja. Apa korang ingat dengan bergaduh boleh selesaikan masalah ke?" Tegur Beomgyu dengan wajah bengisnya. Dia sudah penat melihat pergaduhan di antara rakan mereka yang tertua itu. Paling tua tapi perangai seperti budak. Mereka yang muda pun tidak bergaduh seperti Yeonjun dan Soobin.
Seperti anjing dan kucing sahaja.
"Dia yang mula dulu." Yeonjun menjeling Soobin.
"Kau kenapa huh? Terkena sawan babi?" Sakat Soobin.
"Sudah! Engkau pun melawan balik. Memang sah lah dia ajak kau gaduh!" Taehyun mencubit lengan Soobin. "Ha engkau Yeonjun. Kau semakin gila ke? Sejak klu lesung pipit, kau berubah. Padahal ENGKAU PUN ADA LESUNG PIPIT JUGA! APA MASALAH KAU!"
"Aku syak dia nak selamatkan diri, sebab itu dia asyik salahkan orang." Beomgyu menjeling Yeonjun sekilas. Keluhan dilepaskan. Dahi diurutnya lembut. Yeonjun berdecit.
"Seungmin.. Kau cakap... Sebelum kejadian kau bersama dengan Kai?" Seungmin mengangguk kepalanya. Jasad Huening ditatapnya. Perasan serba salah menyelubungi dirinya. Disebabkan kejadian itu dia sering menyalahkan dirinya bahawa Huening Kai tersingkir disebabkan dia.
YOU ARE READING
[OG] School Maze | TXT SKZ P1H
Misterio / SuspensoRombongan ke sebuah resort untuk meraikan kemenangan dalam acara sukan bertukar menjadi rombongan yang misteri. Bermacam perkara yang terjadi kepada 19 orang pelajar yang terlibat dengan rombongan itu. Note! - Tiada kaitan dengan yang hidup dan ya...