SCHOOL MAZE - 03

19 5 1
                                    

"Kai." Huening Kai mendongak memandang Taehyun yang sedang menghulur sebungkus roti dan sebotol air mineral ke arahnya. Dahinya berkerut.

"Kau ambil mana?" soalnya hairan sambil mengambil roti dan air mineral itu. Sepanjang hari mereka berkeliaran mencari jalan untuk keluar dari tingkat tiga, satu makanan pun tidak dijumpai. Tiba- tiba hari ni Taehyun hulurkan roti kepadanya. Eh?

"Jongseob dengan Shota jumpa dekat bilik masakan. Ada banyak makanan dekat situ." jawabnya sambil melabuhkan punggungnya di sebelah Huening Kai.

"Semalam tak ada apa pun." Plastik roti dibuka. Taehyun mengangkat bahunya tanda tidak tahu.

"Macam sebelum ni. Tak ada tiba- tiba ada. Sama dengan CCTV. Dari tak ada tiba- tiba ada." Taehyun mengunyah roti miliknya.

"Taehyun." Panggil Seungmin sambil berjalan ke arahnya. Di tangannya ada sekotak air teh yang sudah dibuka. Taehyun hanya memandangnya sambil mulut tidak berhenti dari mengunyah.

"Kau kan paling kuat antara kita berenam. So, cuba kau try pukul kunci tu guna besi yang ada dalam bilik seni. Jeongin baru jumpa tadi." ujarnya sebelum meyedut air.

Taehyun mengangguk kepalanya.

"Kejap lagi aku try. Bagi aku makan dulu." Seungmin mengangkat jari 'ok' sebelum beredar pergi ke Jeongin yang berada di dalam bilik seni meninggalkan Taehyun dan Huening Kai menjamah selera.

~•~


"BAEGOPPA!"

Hyunjin mencengkam perutnya yang pedih meminta untuk diisi dengan makanan secepat mungkin. Jisung dan Beomgyu yang berada di sebelah turut mencengkan perut mereka. Masing- masing mengikat perut kerana tidak jumpa walau satu pun makanan dan minuman.

Minho yang berada di tingkap hanya memandang permandangan awal pagi. Angin sepoi- sepoi bahasa meniup permukaan mukanya. Walaupun dia juga lapar tetapi dia masih dapat menahan kelaparannya itu.

Tang!

Tang!

Tang!

Keeho yang sedang membelek wajahnya di cermin tingkap terperanjat akibat bunyi yang secara tiba- tiba sahaja kedengaran. Bunyi seakan- akan besi diketuk di besi. Ianya datang dari arah tangga tingkat atas.

"What is it?" soalnya sendirian.

Taeyang dan Yeonjun yang sedang tidur itu turut terbangun akibat bunyi ketukan itu. Yeonjun mengusap dadanya sambil memikirkan nasibnya yang sudah dua kali bangun mengejut semenjak malam tadi

Soobin, Jiung, Intak, Bangchan, Changbin dan Felix yang sedang menyambung aktiviti pencarian kunci pagar tangga sejak mereka bangun dari tidur satu jam yang lalu memberhentikan kerja mereka. Masing- masing memandang ke arah tangga.

"Apa pula kali ni."

Pelbagai perkara terlintas di minda mereka. Entah gangguan apa pula kali ini yang akan menimpa mereka 13 orang. Apabila mereka berada dalam keadaan yang tenang sahaja mesti akan ada gangguan.

Tang!

Tang!

Tang!

Kreng

"Soobin!" Soobin mendekati tangga setelah mendapati Huening Kai dan rakannya yang lain berjaya turun dari tingkat atas. Soobin menggenggam pagar tangga.

"Ya gwaenchanha?" Huening Kai mengangguk kepala tanda dia tidak apa- apa. Risau sungguh dia terhadap Huening Kai. Sudah lah budak tu cepat takut dan mudah mmenangis.

[OG] School Maze | TXT SKZ P1HWhere stories live. Discover now