Ketujuh- tujuh lelaki yang berpecah, kembali bergabung di tempat Taehyun dan Seungmin dimana mereka berada di makmal komputer. Seungmin yang masih tidur itu dikejutkan oleh Taehyun.
"Ada jumpa apa- apa ka?" Soal Soobin. Mereka semua menggelengkan kepala kecuali Beomgyu dan Jisung. Beomgyu meletakkan fail berwarna hitam yang dijumpai ke atas meja.
"Kitorang tak pasti fail ini sebenarnya dikira ataupun tidak." Taehyun menyelak setiap helaian fail itu. "Macam boleh dikira."
"Ada lagi?"
Yeonjun berasa teragak- agak ingin memberitahu. Keluhan ringan dilepaskan sebelum mengeluarkan helaian kertas kecil yang dijumpainya.
"Aku tak tahu aku patut bagitahu atau tak tapi.." Dia menunjukkan perkataan yang tertera di helaian kertas kecil itu. Pandangan masing- masing tertoleh ke arah Soobin dan Beomgyu yang hanya mereka berdua sahaja mempunyai lesung pipit di antara mereka bertujuh.
Soobin menyentuh pipinya. "Sejak bila kau jumpa? Tadi kau kata kau tak jumpa apa- apa pun." Soalnya hairan.
"Aku terjumpa kertas ni terselit dekat rak di perpustakaan. Engkau dengan Huening Kai sibuk bercerita tentang pertandingan karya sastera." Soobin dan Huening Kai memandang antara satu sama lain.
"Jadi.. Imposter ada di antara mereka berdua ka?" Soal Jisung.
"Tapi.. Aku sehari suntuk ada bersama dengan Soobin. Aku tak rasa dia sebenarnya imposter. Korang pun tahu kan kalau Soobin terpilih jadi apa- apa pun, dia tak pandai nak sembunyikan identiti dia." Huening Kai membela Soobin.
"Macam kita semua main game mafia. Setiap kali Soobin dapat identiti mafia dia mana tahu cara untuk sembunyikan identiti dia. Apatah lagi kalau manipulasi fikiran orang." Sambungnya lagi.
"Kau pasti? Mana lah tahu kalau dalam game mafia dia tak pandai nak berahsia tapi sekarang dia belajar dari kesilapan?" Yeonjun mengerutkan dahinya.
"Aku sebenarnya sheep. Korang nak percaya ka tidak terpulang. Aku je yang tahu identiti sebenar aku. Korang nak cakap aku ni sheep ka wolf ka aku tak kisah. Yang aku tahu aku tak pernah sesekali terfikir intuk menikam belakang korang semua." Ujar Soobin dengan wajah tenang.
"Beomgyu pun selalu ada dengan aku. Tak ada apa yang jadi pun. Aku tak rasa ada imposter dalam kalangan diorang berdua. Mana lah tahu kalau klu tu sebenarnya perangkap?" Ujar Jisung. Dia turut membela sahabatnya.
"Kenapa pula ada perangkap?" Soal Yeonjun hairan.
"Apa yang Jisung cakap ada kemungkinan juga semua ni sebenarnya perangkap. Yang penting sekarang ni, kumpulkan kesemua klu dahulu. Kalau setiap klu tertuju kepada seorang saja, bermakna setiap klu yang kita dapat ada kaitan antara satu sama lain jadi tak ada perangkap." Celah Seungmin.
"Apa- apa jalah."
Klu mengenai lesung pipit itu ditinggalkan di atas meja sebelum Yeonjun mengorak langkahnya pergi meninggalkan rakan- rakannya.
"Tak.. Klu lesung pipit aje kot. Aku rasa kita semua ada cuma perasan atau tak perasan ja. Lain orang lain saiz lesung pipit." Beomgyu mengerutkan dahinya.
"Biar jelah dia. Bagi dia tenangkan diri dulu."
~•~
Taeyang menyuluh lampu suluh dari telefon miliknya ke setiap almari yang berada di dalam studio reka bentuk. Di belakangnya terdapat dua orang lelaki tidak lain tidak bukan Jongseob dan Jiung. Mereka bertiga bersepakat untuk jalan bersama- sama, tidak mahu berpecah.
YOU ARE READING
[OG] School Maze | TXT SKZ P1H
Misterio / SuspensoRombongan ke sebuah resort untuk meraikan kemenangan dalam acara sukan bertukar menjadi rombongan yang misteri. Bermacam perkara yang terjadi kepada 19 orang pelajar yang terlibat dengan rombongan itu. Note! - Tiada kaitan dengan yang hidup dan ya...