"Keeho, bangun Keeho."
Keeho mengeliat sambil menggosok matanya. Pandangannya terasa kelam tetapi masih dapat rasakannya kelilingnya gelap.
"Sekarang pukul berapa?" soalanya.
"Tak penting, yang pentingnya sekarang ni kau tengok sekeliling." tegur Taeyang. Keeho berasa hairan. Kenapa nak tengok sekeliling? Sedangkan mereka berada di dalam bas.
Tanpa banyak soal dia memandang sekeliling, terkejut. Mereka berdua berada di dalam sebuah bagunan terbiar. Suasana yang berasa seram kerana bangunan itu tidak mampunyai apa- apa cahaya yang membuatkan ruangan mereka duduk itu gelap gelita.
Cahaya matahari? Tiada kerana waktu sudah malam. Pantulan cahaya dari bulan? Turut tiada akibat terlindung dengan awan. Seakan- akan seperti ruangan ini tiada tingkap.
"Macam mana boleh ada dekat sini? Bukan kita ada dalam bas ke?" soalan Keeho dibiarkan kerana Taeyang turut tidak tahu. Bangun sahaja sudah berada di sini.
Laju tangan Keeho mencari telefon miliknya ingin membuka flashlight. Setelah buka, dia menyuluh sekeliling dan terpampar tubuh Bangchan, Minho, Soobin dan Yeonjun yang terbaring masih tidak sedarkan diri.
"Bangun!" Tubuh masing- masing ditampar olehnya dan diikuti Taeyang yang turut membuka flashlight telefonnya.
"Waaaaaa Yeonjun terbabas!" Latah Yeonjun seraya bangun secara mengejut membuatkan jantungnya berdegup kencang. Lagi tiga orang rakan mereka turut mengurut dada masing- masing akibat terkejut.
Tak guna punya kawan.
Anak mata meliar memandang sekeliling ingin mengenal pasti bangunan apa yang mereka berada sekarang ini.
"Tak tak kita dekat mana sekarang ni? Bukan kita on the way pergi resort ke? Apahal tersesat dekat bangunan terbiar ni?" dahi Soobin berkerut.
"Satu je aku nak tanya. Macam mana kita boleh ada dalam bangunan bukan dalam bas ke?" soal Minho sambil berjalan keliling ingin selidik ruangan bangunan.
Bangchan berjalan mendekati tingkap bangunan dengan bantuan flashlight telefonnya. Anak matanya tertarik ke arah bas yang sangat dikenali. Bas mereka.
"Guys. Bukan ke tu bas kita?"
Mereka berlima mendekati Bangchan. Iya itu bas mereka tetapi kelihatan usang seperti sudah lama.
"Tapi kenapa usang je bas tu?"
Soobin memandang skrin telefon miliknya. Tiada rangkaian. Tetapi sesuatu menarik perhatiannya iaitu tarikh. Tarikh yang sudah seminggu berlalu dari hari mereka bertolak.
Hati perasaannya berasa tidak tenang, dapat merasakan seperti ada sesuatu tidak kena. Mengapa mereka 6 orang sahaja yang berada di sini? Rakan mereka yang lain berada di mana sekarang ini. Cikgu juga turut hilang.
"Korang rasa yang lain ada dekat tingkat atas ka?" soal Yeonjun sambil melihat ke atas dari tingkap. Tingkat mereka merupakan tingkat paling bawah. Termasuk sekali dengan tingkat mereka, bangunan itu mempunyai tiga tingkat.
Bangchan turut mendongak melihat ke atas. "Aku rasa diorang dekat atas."
"Ermm.. aku rasa tak sedap hati lah dengan tempat ni." ujar Soobin sambil menunjuk tarikh di skrin telefon miliknya. Mata mereka membulat tidak percaya. Skrin telefon masing- masing diperhati ingin kepastian.
Tarikh yang sama, 24 Mac. Sedangkan mereka semua bertolak pada tarikh 17 Mac. Wajah dipandang satu sama lain tidak percaya dengan apa yang sedang terjadi. Selama beberapa minit mereka diam memikirkan situasi sekarang, tiba- tiba terdengar jeritan dari tingkat atas.
YOU ARE READING
[OG] School Maze | TXT SKZ P1H
Misterio / SuspensoRombongan ke sebuah resort untuk meraikan kemenangan dalam acara sukan bertukar menjadi rombongan yang misteri. Bermacam perkara yang terjadi kepada 19 orang pelajar yang terlibat dengan rombongan itu. Note! - Tiada kaitan dengan yang hidup dan ya...