SCHOOL MAZE - 10

16 5 0
                                    

Hyunjin membuka tingkap supaya angin memasuki ke dalam ruang bangunan. Ingin sahaja dia keluar dari bangunan sekolah melalui tingkap oleh kerana dia berada di tingkat paling bawah tetapi tidak boleh. Kesemua tingkap mempunyai magic barrier yang menghalangnya dari keluar. Hanya dapat membuka tingkap sahaja.

"Kalau aku tahu semua ni akan terjadi, aku tak akan sertai rombongan tu." Keluh Hyunjin. Wajah menyesal ditayangnya.

"Jangan mengeluh, Hyun. Kita semua dapat nasib yang sama." Tegur Intak yang berada di belakangnya.

Keadaan menjadi hening. Bukan Hyunjin seorang yang berfikir sebegitu, Intak juga berfikir jika dia tidak sertai rombongan itu dia tidak akan terperangkap di situ, di dunia yang entah dunia apa. Hanya boleh berada di dalam bangunan sekolah sahaja.

Jika boleh keluar tak apa lah juga, mereka boleh survive walaupun mereka berada di situ berapa lam sekali pun tetapi, mereka hanya boleh bergerak di dalam bangunan sekolah. Sudah lah sumber makanan tidak dijumpai. Diri masing- masing sudah berapa lama tidak di bersihkan, air paip semuanya tidak berfungsi.

Walau satu titik air pun tiada. Mereka sempat untuk membasuh muka dan kepala sewaktu Shota dan yang lain membawa makanan dan minuman. Minuman yang mereka bawak ada beberapa botol air mineral yang dapat mereka guna untuk basuh muka dan kepala untuk menyegarkan diri.

But then...

Nothing was discovered..

Walau sekeping biskut...

Derapan kaki kedengaran menandakan ada seseorang menghampiri mereka berdua. Sehelai kertas yang berada di tangannya di hulur ke arah mereka berdua.

"Aku terjumpa kertas ni dalam tandas." Ujar Jeongin.

Hyunjin menoleh untuk melihat kertas yang ditunjuk itu. Dahinya berkerut kerana kertas itu hanya tertulis dua nombor, nombor yang mereka tidak tahu maksud nombor itu.

10

Intak yang turut mengerutkan dahinya, perlahan- lahan mengusap lehernya, terasa janggal secara tiba- tiba.

"Sepuluh.. Oktober?" Soalan Hyunjin membuatkan Intak dan Jeongin terdiam. Anak mata mereka terarah kepada Intak yang lahir pada bulan Oktober.

"Tapi.. Bukan aku seorang ja yang lahir bulan Oktober dekat sini. Bangchan dan Minho pun lahir bulan Oktober juga."

Mereka bertiga kembali melihat kertas itu. Rasa tidak masuk akal pula kalau kertas ini memberi klu tentang bulan lahir. Di tingkat mereka mempunyai tiga orang yang lahir pada bulan Oktober.

Intak, Minho dan Bangchan.

Jikalau betul klu itu memberitahu bulan lahir wolf bermakna wolf berada di antara mereka bertiga. Jika bukan, kemungkinan nombor itu merupakan nombor password untuk sesuatu yang perlu masukkan nombor itu seperti komputer, peti rahsia dan sebagainya.

"Macam tak masuk akal pula." Hyunjin mencengkak pinggangnya.

"Tapi boleh jadi juga bulan Oktober. Kemungkinan wolf antara diorang bertiga. Yang lain mungkin akan dijadikan sebagai umpan?" Kata- kata Jeongin membuatkan Intak dan Hyunjin terdiam.

"Tapi siapa?" Jeongin menggelengkan kepalanya.

"Aku tak tahu. Klu yang kita jumpa setakat ini masih belum cukup."

[OG] School Maze | TXT SKZ P1HWhere stories live. Discover now