Jisung memandang rakannya sebanyak 6 orang yang berada di hadapannya. Hanya tinggal mereka bertujuh di tingkat itu. Bangun sahaja dari tidur, hanya mereka tujuh orang sahaja yang berada di situ. Kemungkinan mereka dipecah kepada tiga kumpulan seperti sebelum ini.
Di tingkat ini hanya ada Yeonjun, Beomgyu, Soobin, Taehyun, Huening Kai, Jisung dan Seungmin. Rakan mereka yang lain berada di tingkat atas dan tingkat bawah mereka.
Jisung mencengkak pinggangnya sambil mulutnya mengeluarkan keluhan. Dia sudah penat dipecah secara tiba- tiba. Entah apa gunanya mereka mencari jalan untuk bergabung semula tiba- tiba hari ini dipecah kembali tetapi berlainan kumpulan.
Sebelum ini dipecah mengikut umur tetapi tidak untuk hari ini yang dipecah secara rombak.
Ting!
Mereka semua memandang telefon milik mereka yang sudah berbunyi menandakan notifications permainan yang mereka dapat semalam.
▬▬▬▬ ☆ ▬▬▬▬
HIDE AND SEEK
Coming Soon
Time left: 10 minutes 41 seconds
▬▬▬▬ ☆ ▬▬▬▬
"Aishh lagi 10 minit." Yeonjun mengeluh kasar. Dia masih tidak bersedia untuk bermain permainan itu. Sudah lah permainan yang melibatkan nyawa, entah mereka turut mati di dunia sebenar atau tidak. Jika mati dan kembali ke dunia sebenar tak apalah, kalau sebaliknya...
Tidak dapat berkata apa- apa.
"Permainan akan dimulakan lagi 10 minit. Ada ready?" Suara dari speaker kembali muncul menanyakan soalan yang membuatkan mereka mengeluh. Sudah tentu mereka semua tidak bersedia untuk nyawa melayang disebabkan kerja gila yang entah manusia mana yang menciptakannya.
"Apa sebenarnya motif kau buat semua ni?" Jiung memberanikan dirinya untuk bertanya. Dia berada di tingkat paling atas.
"Motif aku? Baru la gempak kalau main game sambil cari jalan keluar dari tempat ni. Bosan lah bila tengok engkorang semua cari jalan keluar tanpa halangan." Jawapan dari suara itu membuatkan mereka semua menahan marah lagi- lagi Bangchan dan Minho yang mempunyai anger issues yang susah dikawal. Kalau manusia itu berada di hadapan memang hancur mukanya dibuat mereka berdua.
"Engkau memang gila! Engkau fikir nyawa boleh diganti ke huh?!" Jerkah Minho. Changbin yang ingin menenangkannya juga ditempis tidak mahu dikacau.
Hyunjin, Jeongin dan Intak hanya mampu memandang ketiga- tiga rakan mereka yang berada di dunia masing- masing. Nasib mereka dipisahkan bersama rakan mereka itu.
Di tingkat bawah sekali hanya tinggal 6 orang sahabat iaitu Intak, Bangchan, Changbin, Hyunjin, Minho dan Jeongin. Jadi selebihnya berada di tingkat atas sekali iaitu Shota, Jongseob, Taeyang, Keeho, Jiung dan Felix.
"Aku gila? HAHAHAHAHA AKU MEMANG GILA!"
Soobin berasa seram sejuk mendengar lelaki itu ketawa seperti orang gila. Nampaknya lelaki itu memang gila seperti yang diakui oleh dirinya sendiri.
"Engkorang semua ada lagi tiga minit untuk bersedia sebelum permainan dimulakan. Jagalah nyawa korang semua sehingga permainan ini tamat. Remember, this game has no time limit so do your best to find clue about this world and who is the wolves. Every floor will have one wolf so.. Just do your best to find them. Siapa yang selamat sehingga kesemua imposter ditangkap kamu akan dibawa pulang ke dunia sebenar."
YOU ARE READING
[OG] School Maze | TXT SKZ P1H
Mistério / SuspenseRombongan ke sebuah resort untuk meraikan kemenangan dalam acara sukan bertukar menjadi rombongan yang misteri. Bermacam perkara yang terjadi kepada 19 orang pelajar yang terlibat dengan rombongan itu. Note! - Tiada kaitan dengan yang hidup dan ya...