SCHOOL MAZE - 23

12 2 0
                                    

Sudah sebulan berlalu. Selama itu juga Beomgyu dijadikan hamba kepada Eric, Allen dan Jake. Walaupun dia sudah melarikan diri tetapi tidak dapat lari sepenuhnya, oleh kerana mereka merupakan rakan sekelas.

Mereka sudah tahu bahawa Beomgyu melarikan diri. Oleh kerana Beomgyu tidak munculkan diri di kantin. Selesai sahaja Eric dan rakannya megisi perut, mereka pergi mencari Beomgyu. Jalan kehulur- kehilir mereka menjumpai Beomgyu yang duduk di taman sambil menyedut air kotak berperisa coklat.

Sejak itu mereka bercadang untuk jadikan Beomgyu sebagai hamba mereka.

Perkara yang tidak boleh dilupakan Beomgyu, rakan sekelas yang menghampiri dirinya sewaktu hari pertama dia datang ke sekolah ini sudah hilang. Tiada lagi yang menghampirinya. Mereka semua membuat urusan sendiri.

Kecuali Asahi dan Yuju. Kadang kala Yuju akan membantu Asahi untuk mempertahankan Beomgyu. Sebelum ini, Beomgyu tidak pernah berkomunikasi dengan Yuju, setelah diketahuinya bahawa Beomgyu di buli dan dijadikan kuli geng Eric, dia akan membantu Asahi untuk menolong Beomgyu.

Mereka berdua sering bertanyakan khabarnya tetapi mereka sering dihalau oleh Allen. Tindakan itu membuatkan mereka berdua sukar untuk menghampiri Beomgyu dan membantu lelaki itu. Agak parah sekali.

Beomgyu melangkah masuk ke dalam kelas dengan keadaan bajunya yang sedikit kotor dan di sudut bibirnya sedikit luka. Luka yang mengalirkan cairan merah. Dengan perlahan dia berjalan ke tempatnya. Sepanjang dia berjalan, hanya pandangan rakan sekelasnya sahaja diberi. Tiada pertanyaan.

Beomgyu duduk ditempatnya. Dia memegang perutnya yang berasa senak. Bibir diketap menahan sakit.

"Heyooo guys! Aku kembal-" Pandangan Asahi yang baru masuk ke dalam kelas jatuh ke arah Beomgyu. Di belakangnya terdapat Yuju yang turut memandang ke arah Beomgyu.

"Hey Beomgyu!" Mereka berdua berlari menghampirinya. Wajah Beomgyu dibelek mereka. Rambut Beomgyu yang menutupi wajah diselaknya ke belakang.

"Ya Tuhan. Sekali lagi?!" Soal mereka berdua dengan riak wajah risau melihat Beomgyu yang tidak habis-habis di belasah oleh geng Eric.

Asahi menyelup poket blazernya dan mengeluarkan sapu tangan miliknya yang berwarna putih. Suci murni seperti masih belum digunakan. Dia mendekatkan sapu tangan itu di bibir Beomgyu yang berdarah.

"Tch. Sakit lah, Asahi." Asahi mengelap darah yang mengalir.

"Apa yang jadi? Bagitahu kitorang." Soal Yuju.

"Aku terlambat."

"Sebab itu diorang belasah kau?! Gila." Tangan Beomgyu dicapainya dan mengelap kotoran yang ada.

"Tak apa. Biar aku buat sendiri." Beomgyu ingin mengambil sapu tangan itu tetapi dihalang Asahi.

"Kau pasti kau tahu kotor ada di mana lagi? Kalau kau buat sendiri tak semua kotoran hilang." Beomgyu hanya diam sahaja.

Lama dia mendiamkan diri, satu soalan sering ditanya kepada diri sendiri mengenai Yuju dan Asahui.

"Kenapa korang tolong aku?"

Asahi memberhentikan kerjanya. Bibirnya terkunci rapat. Tiada sebarang bunyi yang dikeluarkan. Tangan Beomgyu yang dipegangnya dilepaskan. Sapu tangan ditangannya digenggam kuat.

"Aku... Aku tak nak tengok orang lain terseksa disebabkan kes buli. Kau tahu... Abang aku mati disebabkan kes buli. Dia.. Bunuh diri." Terbeliak anak mata Beomgyu mendengar kata- kata Asahi. Dia tidak sangka bahawa abang Asahi merupakan mangsa buli.

"Aku minta maaf."

"Eh tak mengapa." Asahi bangun. Habuk yang penuh di blazer Beomgyu ditepuknya ingin membuang habuk dan debu itu.

[OG] School Maze | TXT SKZ P1HWhere stories live. Discover now