SCHOOL MAZE - 21

12 2 0
                                    

"Lee Minho eliminated."

System: 13 participants left. 11/16 sheep, 2/3 wolves left.

"Akhirnya, ada juga wolf yang tersingkir." Ujar Seungmin sambil anak matanya melirik ke arah speaker. Rakan- rakannya yang berada bersama dengannya turut mendongak memandang ke arah speaker itu.

"Tak sangka Minho terpilih sebagai wolf." Ujar Beomgyu. Mereka semua mengiyakan kerana tiada seorang pun bersangka Minho akan terpilih sebagai wolf walaupun mereka tidak tahu situasi yang dihadapi mereka yang berada di tingkat bawah.

Seorang sudah tersingkir, masih tersisa dua orang yang berada di tingkat mereka dan tingkat atas. Perjuangan mereka masih belum tamat. Walaupun berasa lega seorang sudah tersingkir tetapi masih ramai yang akan dijadikan sebagai mangsa seterusnya.

Tiada siapa yang tahu, siapa yang akan tersingkir selepas ini.

Mereka masih berpecah. Mereka berpecah kepada dua kumpulan. Disebabkan mereka hanya tinggal enam orang sahaja setiap kumpulan mempunyai tiga orang.

Taehyun, Beomgyu dan Soobin.

Huening Kai, Seungmin dan Yeonjun.

Mereka berpecah untuk kali yang ke berapa mereka pun tidak tahu. Tujuan kali ini bukan setakat mencari klu, tetapi ingin memisahkan rakan- rakan mereka, oleh kerana terjadi konflik di antara Yeonjun dan Soobin.

Yeonjun masih tidak berhenti mengesyaki Soobin sebagai wolf walaupun Soobin sudah memberitahu identitinya adalah sheep tetapi Yeonjun tidak mempercayainya.

Entah mengapa Yeonjun berubah 360°. Sedangkan sebelum ini, dialah yang memarahi rakan- rakannya yang main menuduh antara satu sama lain dan sekarang dia menuduh Soobin sebagai wolf.

Tuduhan itu punca berlaku konflik di antara mereka berdua walaupun mereka semua tidak tahu sama ada Soobin memberitahu identiti sebenar ataupun menipu, ingin mengelakkan diri dari disingkirkan.

Klu itu bukan dituju ke arah Soobin sahaja malah hampir kesemua dari mereka mempunyai lesung pipit.

Soobin, Beomgyu dan Taehyun. Manakala Huening Kai, kadang kala lesung pipitnya kelihatan dan tidak kelihatan. Lesung pipit Beomgyu kelihatan tetapi kurang menonjol. Tidak seperti Soobin dan Taehyun. Setiap kali mereka senyum, lesung pipit mereka akan terbentuk.

"Rasa- rasa sekarang, diorang selamat ka?" Soal Soobin sambil melihat nama- nama yang terselamat di tingkat bawah melalui telefon. Di groupchat mereka turut mempunyai sistem memberitahu nama- nama peserta dan nama peserta yang tersingkir akan hilang.

"Entah lah. Nak kata selamat tu macam selamat sebab wolf diorang dah tersingkir tapi kedepan kita tak tahu macam mana." Balas Seungmin. Sesekali dia melepaskan keluhan kecil.

Serigala yang berada di antara mereka berenam masih belum disingkirkan. Jadi mereka tidak boleh lalai walaupun sudah seorang disingkirkan. Kerana, mungkin akan terjadi situasi yang tidak diinginu.

Seperti situasi dimana serigala yang tersisa akan menjadi gila.

~•~

❝ [FLOOR 2] ¡!

・❥・ 𝕾𝖔𝖒𝖊𝖔𝖓𝖊'𝖘 𝖕𝖔𝖛
Unknown 2

[OG] School Maze | TXT SKZ P1HWhere stories live. Discover now