SCHOOL MAZE - 25

13 2 0
                                    

Seminggu kemudian.

Beomgyu sudah sedar. Dia baru sahaja sedarkan diri dua hari lepas. Dia masih belum boleh keluar dari hospital disebabkan lukanya belum sembuh. Kemungkinan perlu berada di situ untuk beberapa hari lagi.

Dia hanya menatap siling hospital. Teringat kata- kata Eric memberitahu punca dia mengganggu Beomgyu, menjadi mangsa buli lelaki itu. Dia tidak sangka. orang yang rapat dengan dirinya merupakan punca dia dijadikan sebagai mangsa buli. Dia masih tidak menerima ucapan Eric mengenai Yuju mempunyai perasaan suka terhadap dirinya.

Dia hanya menganggap Yuju sebagai seorang rakan karib, tidak lebih dari itu. Oleh kerana mereka baru sahaja kenal, dia tidak mempunyai rasa suka terhadap Yuju. Mereka masih belum kenal secara mendalam mengenai diri masing- masing. Asahi juga belum kenal secara mendalam.

Hanya rapat kerana mereka berdua membantu Beomgyu ketika lelaki itu diganggu oleh geng Eric. Menghalang geng itu dari memukul dan memberi tekanan perasaan kepada Beomgyu secara mental dan fizikal.

Slak!

Pintu wadnya dibuka. Dua orang menghiasi penglihatannya. Asahi dan Yuju. Di tangan Yuju terdapat bungkusan plastik yang baginya iaiya merupakan buah tangan. Isi plastik itu tidak dapat diteka oleh kerana plastik tersebut bukan plastik lut sinar.

"Gyu. Luka kau macam mana?" Soal Asahi sambil menghampiri lelaki itu bersama Yuju di sebelah. Beomgyu mengangguk kepalanya dengan senyuman nipis di bibir.

"Sakit dah berkurang."

"Bagus lah kalau macam tu." Yuju meletakkan plastik itu ke atas meja yang bersebelahan katil Beomgyu.

"Kitorang ada bawa bubur nasi untuk kau. Kitorang tak tahu apa yang kau boleh makan buay masa sekarang jadi, itu aje yang mampu kitorang bawa." Ujar Yuju.

"Itu pun dah cukup."

"Oh ya. Diorang ada dekat luar. Kejap lagi diorang masuk. Kitorang bergilir- gilir. Takut kalau kau tak selesa ramai- ramai masuk wad." Ujar Asahi. Mereka yang dikatakan oleh Asahi merupakan Musketeers. Mereka sedang menunggu diluar. Menunggu giliran.

Yuju duduk di atas kerusi. "Maaf, kitorang lambat datang. Kalau kitorang datang awal, kau tak akan jadi macam ni." Yuju menundukkan kepalanya.

"Tak apa. Tapi kan.. Macam mana kau tahu?"

"Waktu kita berpisah, aku ada hal nak diselesaika  dengan cikgu. Dalam masa yang sama aku selesaikan kerja, aku terdengar perbualan geng Eric. Aku tak sempat bagitahu Taeyang awal. Cikgu suruh aku buat kerja. Selesai saja, aku terus cari diorang, ternampak Taeyang tengah melepak dengan Soobin, Huening Kai dan Minho. Kalau aku ada nombor telefon diorang, lebih cepat diorang tahu hal ni."

Beomgyu mengangguk kepalanya. Dia kembali menatap siling. Sesekali dia memejamkan matanya. Air liur ditelannya terasa kelat. Patut atau tidak dia memberitahu hal itu kepada Yuju. Riaksi yang akan ditunjuk oleh Yuju selepas ini agak merisaukan dirinya.

"Yuju." Yuju menatap Beomgyu yang masih tertarik ke arah siling.

"Aku... Aku tak tahu aku patut lakukan sekarang atau tak tapi... Aku rasa better kita jarakkan diri." Yuju terkejut dengan ucapan yang keluar dari bibir Beomgyu. Asahi yang dari tadi diam turut terkejut.

"Gyu. Kau okey tak ni? Tiba- tiba saja." Asahi memandang Beomgyu tidak percaya. Beomgyu tersenyum tawar.

" Maaf. Aku tak pasti aku akan selamat atau tidak kalau kau berkepit dengan aku." Beomgyu memejamkan matanya." Eric bagitahu aku kenapa dia pilih aku sebagai mangsa buli... Semuanya.... Sebab kau Yuju."

Yuju masih terkejut." A-Aku?"

Beomgyu memberitahu perkara itu kepada Yuju dan Asahi. Dirinya dipilih sebagai mangsa buli disebabkan Yuju yang menunjukkan dirinya tertarik dengan Beomgyu. Dalam masa yang sama, Eric menyimpan perasaan terhadap Yuju. Perasaan yang sudah lama disimpan.

[OG] School Maze | TXT SKZ P1HWhere stories live. Discover now