Taehyun menatap kertas yang berada di tangannya. Kesemua klu yang berada padanya ditatap. Hanya seorang sahaja muncul di fikirannya setiap kali dia menganalisis klu yang dijumpai. Tetapi rakannya itu tidak mencurigakan walaupun klu hanya tertumpu kepada lelaki itu.
"Mungkin dia pandai menyembunyikan identitinya."
Dia memandang silih ganti satu keping kertas tertulis kod simbol dan kertas memberitahu maksud setiap kod tersebut.
Kertas kod simbol itu baru sahaja dijumpainya sebentar tadi sebelum melangkah masuk ke dalam kelas. Kod simbol yang agak panjang. Kemungkinan memberitahu perkara penting mengenai pembelot.
Dia membandingkan kedua- dua kertas itu dan kod aimbol itu membentuk satu perkataan yang membuatkan dia agak terkejut. Tekaannya betul mengenai rakannya itu terpilih sebagai serigala, oleh kerana kertas itu memberitahu golongan darah rakannya.
Golongan darah AB.
"AB...."
Taehyun meraup wajahnya. Tekaannya memang betul. Hanya 'dia' seorang sahaja mempunyai golongan darah itu. Golongan darah yang dianggap sebagai psiko dan genius di negara Korea Selatan.
Mindanya ligat memikirkan bagaimana lelaki itu menyingkirkan Huening Kai dan Jisung sedangkan mereka semua sering berdua- duaan. Jarang sekali mereka berseorangan. Betapa cepatnya dia memikirkan cara untuk menyingkirkan mereka yang beridentitikan kambing.
Taehyun bangun dari duduknya seraya menyimpan kesemua kertas itu ke dalam poket seluar dan poket baju. Langkah dibawa keluar dari kelas. Dia ingin ke tandas, ingin membasuh mukanya.
Taehyun membuka pintu tandas lelaki. Keadaan tandas itu tidak seperti sebelum ini yang seperti tandas lain. Kali ini, tandas itu hanya mempunyai satu tab mandi yang berwarna putih. Tab mandi itu masih dalam keadaan yang elok, bagaikan baru dibeli.
Dia teragak- agak ingin merendamkan badannya ke dalam tab mandi itu tetapi firasatnya menyuruhnya untuk merendam akibat sudah lama tidak mandi. Dia ikutkan sahaja.
Tangannya memulas paip air ingin memastikan air ada. Hasratnya masuk ke dalam tandas ingin membasuh mukanya. Alang- alang ada tab mandi, dia menahan air paip sehingga penuh, ingin merendamkan dirinya. Sudah lama dia tidak mencuci badannya. Kali terakhir dia mandi sebelum datang ke sekolah, hari rombongan.
Sebelum dia merendam dirinya di dalam tab mandi yang dipenuhi dengan air, dia mengunci pintu tandas. Tidak mahu diganggu orang lain, ingin berseorangan. Dia berasa lega setelah sekian lama dia tidak membasahkan badannya. Dia memejamkan matanya dan menyandarkan kepalanya di sisi tab mandi.
Beberapa minit kemudian, dia merasakan seperti ada orang disebelah. Mata dibuka seraya kepala ditoleh ke arah seseorang itu.
"Macam mana kau boleh masuk sini-" Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, kepala ditolak masuk ke dalam air dengan niat ingin melemaskannya. Semakin lama semakin kuat kepalanya ditolak.
YOU ARE READING
[OG] School Maze | TXT SKZ P1H
Mystery / ThrillerRombongan ke sebuah resort untuk meraikan kemenangan dalam acara sukan bertukar menjadi rombongan yang misteri. Bermacam perkara yang terjadi kepada 19 orang pelajar yang terlibat dengan rombongan itu. Note! - Tiada kaitan dengan yang hidup dan ya...