Sepanjang mereka mencari klu disetiap pelusuk bangunan di tingkat yang mereka berada sekarang ini, mereka menjumpai satu klu yang agak memeningkan kepala otak. Klu itu dijumpai di sebalik cermin di dalam tandas lelaki.
Keeho yang sedang menatap cermin tandas melepaskan keluhan. Hatinya masih terasa sakit walaupun sudah berlalu selama satu jam setelah selesai pertengkaran yang berlaku di antaranya dan Jiung. Jiung merupakan sahabat pertamanya sejak Keeho melangkah masuk ke sekolah menengah, Seoul International High School.
Ketika itu, Jiung merupakan seorang anak yang nakal. Sering kali melanggar peraturan sekolah. Mereka berdua bertemu di dalam bilik guru. Jiung, pelajar pertama yang memperkenalkan dirinya kepada Keeho. Walaupun usia mereka berjarak 1 tahun, tidak menghalang mereka untuk menjadi sahabat.
Sudah empat tahun mereka bersahabat. Tahun ini merupakan tahun terakhir bagi Keeho dan rakan mereka yang berumur 18 tahun bersekolah di situ. Setelah habis bersekolah pada tahun ini, mereka akan graduate pada tarikh yang akan ditetapkan oleh guru mereka. Jika keputusan cemerlang, mereka akan diberi sijil penghargaan. Jika keputusan mereka tidak cemerlang, mereka akan diberi pilihan sama ada ingin mengulang atau tidak mendapat sijil penghargaan yang berguna untuk masa hadapan.
Keeho menyerabaikan rambutnya, serabut. Dia masih serabut dengan apa yang terjadi. Siapa ja tidak terasa jika dibenci oleh sahabat baik sendiri? Sudah lah orang lain tahu tetapi tiada sesiapa yang memberitahu kepadanya.
"Tapi... Kenapa aku bodoh sngat tak suruh dia explain dulu?" Keeho menampar pipinya sendiri. Dia juga menyesal akan tindakannya yang melulu memarahi Jiung. Apakan daya darahnya berombak- ombak ingin menyapu Jiung yang secara tiba- tiba menuduhnya dipilih menjadi wolf.
Even though he's not a wolf.
Hanya fitnah semata- mata.
Entah sudah berapa lama dia berada di situ akhirnya matanya terarah ditepi cermin yang terselit satu helaian kertas. Hanya hujung kertas sahaja yang ternampak. Dahinya berkerut, hairan mengapa ada kertas di belakang cermin tandas.
Perlahan- lahan dia membuka cermin dan mengambil kertas itu. Dia tidak sangka bahawa cermin di tandas itu dapat dibuka seperti cermin di rumahnya.
Dia membuka lipatan kertas itu. Suatu code memenuhi kertas itu membuatkan dahinya bertambah berkerut. Dia tidak faham akan satu pun tentang code tang dinyatakan di kertas itu. Di tengah kertas terdapat code yang memeningkan kepala otaknya.
Disebabkan dia tidak tahu apa yang patut dia lakukan, dia melangkah keluar dari tandas bersama kertas itu untuk dibawa kepada rakan- rakannya dengan hasrat bahawa rakannya mengetahui tentang code itu.
"Guys. Look what I found." Keeho menghulur kertas itu ke arah Taeyang. Lelaki itu mengambil dan melihat satu demi satu apa yang tertera di atas kertas itu.
Rakan mereka yang lain kecuali Jiung mendekati mereka berdua, turut ingin melihat apa yang dijumpai Keeho. Jiung yang berasa tidak minat itu hanya menyandarkan belakangnya di dinding.
"Math code?" Felix bersuara membuatkan kesemua rakannya menoleh ke arahnya.
"You know about this code?" soal Keeho ingin tahu.
"Kind off. I have heard about this code before. If I remembered, my old friend always used this code to communicated with me. But then, he moved to Singapore because of his father's job."
"Kau tahu apa yang di tulis dekat sini?" soal Jongseob. Dia juga ingin tahu jika Felix dapat membaca code itu. Felix mengambil kertas itu dari tangan Taeyang.
YOU ARE READING
[OG] School Maze | TXT SKZ P1H
Mistero / ThrillerRombongan ke sebuah resort untuk meraikan kemenangan dalam acara sukan bertukar menjadi rombongan yang misteri. Bermacam perkara yang terjadi kepada 19 orang pelajar yang terlibat dengan rombongan itu. Note! - Tiada kaitan dengan yang hidup dan ya...